Menu
For Brands / Info

Bengkel Kecantikan Di Balik Hijab

Serlahkan kecantikan di balik hijab!

Pada hari Sabtu yang lalu bertarikh 2 September 2023 telah diadakan satu Bengkel Kecantikan Di Balik Hijab anjuran bersama Selsun Blue Malaysia dan 50 Megumi Malaysia di bawah Rohto Mentholatum dan Watsons. Bengkel ini diadakan selama satu hari dan bertempat di The Grounds, Kuala Lumpur.

Bengkel ini dihadiri seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pemenang giveaway glowwe, pemenang giveaway dari pihak Rohto Mentholatum serta pempegaruh di dalam bidang kecantikan. Di samping itu, ia turut dihadiri oleh General Manager Rohto Mentholatum dan Brand Manager Selsun Blue Malaysia & 50 Megumi Malaysia.

Bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada wanita di luar sana tentang pentingnya penjagaan rambut yang betul khususnya bagi wanita berhijab. Bukan kulit wajah sahaja yang perlu dijaga, tetapi kesihatan rambut dan kulit kepala juga haruslah dijaga.

Sebelum bengkel bermula, pendaftaran peserta dibuka pada jam 9 pagi. Selepas itu, peserta bebas untuk memilih tempat duduk masing-masing yang telah disediakan.

Sementara sesi pendaftaran sedang berlangsung, peserta yang sudah selesai mendaftar juga bebas untuk membuat konten di media sosial masing-masing dan bebas melakukan networking antara satu sama lain.

Bengkel Kecantikan Di Balik Hijab bermula tepat pada jam 10 pagi. Semua peserta juga sudah bersiap sedia dan mengambil tempat masing-masing. Di atas meja pula pihak penganjur sudah menyediakan cenderamata seorang satu kepada semua peserta yang hadir.

Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis. Pada jam 10:30 pagi, sesi pertama disampaikan oleh Skincare Expert dari pihak glowwe iaitu Puan Mary.

Pada sesi sebelah pagi, bengkel Selsun Blue diadakan dengan topik yang bertajuk masalah kelemumur bagi wanita berhijab. Dalam sesi ini Puan Mary menerangkan tentang punca masalah kelemumur terjadi, perbezaan kelemumur pada kulit kepala kering yang berminyak dan kering, tahap keterukan masalah kelemumur, sebab wanita berhijab cenderung ada kelemumur, fungsi syampu, ciri-ciri syampu yang sesuai digunakan, contoh produk yang sesuai digunakan serta fungsi dan bahan-bahan di dalam syampu tersebut.

Produk yang sesuai digunakan untuk masalah kelemumur itu adalah syampu rambut daripada rangkaian Selsun Blue.

Selepas sesi perkongsian Puan Mary berakhir pada sebelah pagi, semua peserta dan wakil Rohto Mentholatum berkumpul untuk sesi bergambar beramai-ramai bersama dengan cenderamata yang diterima dari pihak Selsun Blue Malaysia.

Sebaik sahaja sesi fotografi tamat, peserta diberikan rehat untuk makan tengah hari yang disediakan dalam bentuk buffet, menunaikan solat dan seumpamanya. Semasa rehat juga peserta bebas untuk melakukan aktiviti sama ada membuat konten, menangkap gambar dan sebagainya.

Setelah itu, pada sebelah petang bersambung pula dengan sesi yang kedua iaitu bengkel 50 Megumi. Jurucakap bagi bengkel pada sesi petang masih Puan Mary.

Topik pada sebelah petang lebih berfokus kepada masalah rambut gugur wanita berhijab.

Antara perkara yang diterangkan semasa bengkel adalah perbezaan antara hair shedding dan hair loss, kitaran pertumbuhan rambut, cara pulihkan masalah rambut gugur, produk yang digunakan untuk rawat rambut gugur serta manfaat bahan yang digunakan di dalam produk tersebut.

Produk yang membantu untuk kurangkan masalah rambut gugur itu adalah 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence.

Semasa sesi perkongsian, yang menariknya adalah Puan Mary menunjukkan demostrasi penggunaan esen dengan cara yang betul kepada wanita yang tidak berhijab iaitu salah seorang wakil dari pihak penganjur.

Di samping itu, ada juga diterangkan kepada peserta tentang perbezaan esen, syampu dan perapi rambut.

Bengkel Kecantikan Di Balik Hijab selesai dan berakhir sekitar jam 4 petang.

Selepas sesi perkongsian Puan Mary pada sebelah petang berakhir, semua peserta dan wakil Rohto Mentholatum berkumpul untuk sesi bergambar beramai-ramai bersama dengan cenderamata yang diterima dari pihak 50 Megumi Malaysia.

Selepas penutupan majlis, pihak penganjur juga ada melakukan sesi temu ramah bersama peserta yang hadir ke bengkel untuk mendapatkan beberapa maklum balas.

Rata-rata peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan berasa sangat teruja dengan bengkel yang diadakan kali ini kerana dapat membuka mata dan minda mereka tentang pentingnya penjagaan rambut wanita berhijab.

Glowwe berharap akan ada lebih banyak bengkel dan program seperti ini pada masa akan datang supaya lebih ramai menerima manfaat dan ilmu berkaitan penjagaan rambut.

No Comments

    Leave a Reply