Perbezaan Physical dan Chemical Sunscreen
Topik berkaitan dengan sunscreen atau pelindung suria ini sememangnya topik yang sering hangat diperkatakan. Ia berlaku disebabkan oleh perbezaan pendapat dan seumpamanya.
Ada yang panggil sunblock dan ada juga yang panggil sunscreen. Mana satukah istilah yang betul? Apa pula beza physical dan chemical sunscreen?
Pastikan anda baca artikel sampai habis untuk ketahui jawapannya.
Sunscreen atau sunblock?
Sebenarnya sunscreen dan sunblock itu adalah sama sahaja. Ia merujuk kepada produk yang berfungsi khusus untuk melindungi kulit daripada sinar UV.
Sunblock adalah istilah lama yang digunakan sebelum US FDA mengeluarkan peraturan untuk menggunakan istilah sunscreen sahaja.
Physical vs Chemical sunscreen
Glowwe yakin masih ada orang yang keliru tentang istilah physical dan chemical sunscreen ini.
Sebelum berkongsi dengan lebih lagi, glowwe kongsikan dahulu kepada anda tentang ciri-ciri pelindung suria yang baik untuk digunakan setiap hari.
- Ada label broad spectrum yang melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB
- Mengandungi minimum PA++ atau PA+++
- Minimum SPF 30 atau SPF 50
- Pilih tekstur yang sesuai dengan jenis kulit
- Pilih yang ada bahan non comedogenic (tidak menyumbat liang pori)
Bagi memahami istilah yang betul tentang pelindung suria ini, anda perlu faham bahawa ada dua jenis pelindung suria di pasaran iaitu
- Physical / mineral sunscreen
- Chemical sunscreen (mengandungi bahan-bahan yang bersifat kimia tetapi ia selamat untuk digunakan pada kulit)
Physical sunscreen
- Lebih dikenali sebagai pelindung suria mineral atau nama saintifiknya inorganic sunscreen.
- Dahulu physcial sunscreen ini dipanggil sebagai sunblock.
- Ia berfungsi dengan cara mencipta halangan apabila dipakaikan pada kulit dan melindungi kulit daripada sinar UV.
- Ramai yang menyangka bahawa cara physical sunscreen berfungsi ialah:
- Apabila sinar UV sampai pada kulit yang disapu dengan physical sunscreen, sinar UV akan dipantulkan dan sinar UV itu berserakan dan tidak sampai pada kulit.
- Maklumat ini TIDAK BENAR secara saintifik.
- Menurut kajian pada tahun 2015, zinc oxide dan titanium dioxide iaitu dua penapis (filter) utama yang digunakan dalam physical sunscreen hanya memantulkan sinar UV pada kadar ~5% sahaja.
- ~95% cara physical sunscreen bertindak ialah dengan menyerap sinar UV dan menukarnya kepada haba yang tidak bahaya pada kulit.
Chemical sunscreen
- Sunscreen yang mempunyai bahan selain zinc oxide dan titanium dioxide adalah sunscreen yang dipanggil chemical sunscreen.
- Chemical sunscreen mengandungi chemical UV filter, contohnya:
- Tinosorb
- Octisalate
- Octocrylene
- Homosalate
- Octinoxate
Cara chemical sunscreen bertindak melindungi kulit daripada bahaya sinar UV ialah dengan menyerap sinar UV dan menukarnya kepada haba yang tidak bahaya pada kulit.
Maknanya cara kedua-dua jenis sunscreen ini bertindak untuk melindungi kulit adalah sama, berbeza dari segi bahan yang digunakan sahaja.
Kenapa penggunaan istilah sunblock pada pelindung suria dilarang?
- Sebelum keluarnya penetapan peraturan untuk hanya guna istilah sunscreen oleh FDA pada tahun 2012, physical sunscreen sering dipanggil sunblock manakala chemical sunscreen dipanggil sunscreen.
- Tetapi perkataan block pada sunblock mengelirukan pembeli dan pengguna.
- Pembeli dan pengguna sangka sunblock adalah lebih baik hanya berdasarkan namanya.
- Mungkin ada yang menyangkal, “FDA itu di Amerika sahaja. Di Malaysia tidak begitu. Masih boleh guna perkataan sunblock.” Tidak sama sekali!
- Bahagian Regulatori Farmasi Negara, atau NPRA, mengeluarkan panduan dan peraturan pada tahun 2017 dengan menetapkan hanya label “sunscreen” boleh digunakan untuk produk yang memberikan perlindungan UV.
Manakah lebih baik? Physical/mineral sunscreen atau chemical sunscreen?
Untuk membincangkan perkara ini, kita perlu lihat dari sudut pandang:
- Jenis kulit dan keadaan kulit
- Tekstur sunscreen
- Kesan litupan (white cast)
Jenis kulit dan keadaan kulit
- Mana-mana jenis kulit yang tidak sensitif, anda boleh pilih untuk pakai physical atau chemical sunscreen.
- Paling penting anda menyukai tekstur keseluruhan sunscreen tersebut dan boleh konsisten menggunakannya pada kulit.
- Namun untuk kulit yang sensitif, physical sunscreen lebih digalakkan kerana penapis sinar UV (UV filter) jenis chemical boleh menyebabkan sesetengah kulit jensi sensitif alami iritasi atau kerengsaan.
Tekstur sunscreen
- Seperti mana produk skincare yang lain, sunscreen boleh wujud dalam tekstur krim, gel atau losen.
- Ada tekstur yang lebih cair dan ada juga tekstur yang lebih likat.
- Selain jenis bahan penapis suria yang digunakan, tekstur yang terbentuk akibat campuran bahan-bahan serta formulasi juga boleh menjadi faktor anda memilih untuk pakai sunscreen tertentu.
- Jika anda mempunyai kulit jenis cenderung kering, tekstur krim atau losen yang lebih pekat selalunya menjadi pilihan.
- Ciri-ciri seperti mudah serap dan mudah diratakan juga menjadi pilihan apabila memilih tekstur sunscreen.
- Maknanya, it is not just about physical or chemical sunscreen.
Kesan litupan (white cast)
- White cast adalah keadaan yang berlaku apabila kulit disapu dengan sunscreen yang mengandungi physical UV filter seperti zinc oxide dan titanium dioxide.
- Apabila physical sunscreen diratakan ke muka, ia mudah meningkatkan kesan litupan berwarna putih atau kekelabuan pada permukaan kulit.
- Ramai orang tidak suka physical sunscreen yang meninggalkan white cast yang terlalu ketara.
- Lalu mereka akan memilih chemical sunscreen atau mencari sunscreen yang tidak ketara white cast nya atau memilih sunscreen jenis hybrid.
- Tetapi ada juga yang tidak kisah terutama kulit sensitif yang tak boleh pakai chemical sunscreen.
- Ia adalah pilihan peribadi (personal preference) dan yang penting, mesti pakai sunscreen.
Berdasarkan perbincangan di atas mana satu lebih baik? Physical sunscreen atau chemical sunscreen? Jawapannya ada pada anda.
Jelaslah bahawa sunblock adalah istilah lama dan tidak lagi diguna pakai pada ketika ini dan hanya istilah sunscreen yang digunakan. Cara kedua-dua sunscreen bertindak pada kulit juga adalah sama sahaja. Perbezaannya dari segi bahan yang digunakan sahaja.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh tuliskan pada ruangan komen di bawah.