Menu
SKIN PROBLEM / Sunburn

Kesan Buruk Pada Wajah Apabila Tak Pakai Sunscreen

Ramai yang sudah tahu bahawa pelindung suria (sunscreen) perlu digunakan setiap hari terutamanya pada waktu siang.

Kulit wajah yang terdedah kepada sinaran matahari secara terus tanpa memakai sebarang pelindung suria boleh berikan kesan yang tidak baik pada kulit.

Ini adalah kesan yang akan berlaku pada kulit wajah sekiranya tidak pakai pelindung suria.

1. Kanser kulit

  • Apabila anda keluar rumah tanpa sebarang perlindungan, ia akan meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Terdapat pelbagai kanser kulit yang mungkin anda alami seperti basal cell carcinoma atau melanoma.
  • Kanser kulit juga boleh merebak ke seluruh badan dan boleh jejaskan organ dalaman seperti hati serta buah pinggang.
  • Bagi mengurangkan risiko kanser kulit, anda perlu pakai pelindung suria setiap hari terutamanya pada waktu siang dan ulang pakai setiap 2-3 jam.
  • Ulang pakai pelindung suria dengan kadar yang kerap terutamanya apabila anda melakukan aktiviti yang terdedah kepada sinaran matahari dalam jangka masa yang lama.

2. Penuaan pramatang

  • Pendedahan kepada sinaran matahari yang terlalu kerap boleh menyebabkan penuaan pramatang.
  • Apabila anda tidak pakai pelindung suria ketika melakukan aktiviti di luar, ia boleh menyebabkan munculnya garis halus, kedutan, jeragat dan bintik-bintik hitam yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
  • Untuk mengelakkan penuaan pramatang, pemakaian pelindung suria adalah penting.

3. Risiko kulit terbakar (sunburn)

  • Sudah pasti salah satu kesan yang paling biasa jika tak pakai pelindung suria ialah kulit akan menjadi terbakar.
  • Sunburn yang teruk boleh menyebabkan kulit menjadi melepuh dan perlu diingat bahawa sunburn yang berulang kali boleh membawa kepada risiko kesihatan dalam jangka masa panjang.

Jelaslah bahawa apabila anda tidak memakai pelindung suria ketika keluar rumah atau tidak ulang pakai terutamanya ketika melakukan aktiviti di luar, risiko untuk mendapat kesan seperti di atas adalah tinggi.

Oleh itu, pakai pelindung suria untuk lindungi kulit daripada sinar UV yang bahaya pada kulit. Pastikan juga kadar SPF dan PA yang dipilih itu mencukupi untuk kulit anda.

Pemakaian pelindung suria setiap hari juga boleh mengurangkan risiko jeragat, kedutan dan juga garis halus dalam jangka masa panjang.

No Comments

    Leave a Reply