Pernah Anda Alami Over-Exfoliating?
Kenapa glowwe sering sarankan untuk mula pakai produk bersifat exfoliating 2-3 kali seminggu dahulu, walaupun produk tersebut ditulis boleh dipakai secara harian?
1) Untuk melihat kesesuaian kulit dengan produk dan bahan aktif tersebut.
2) Untuk memastikan kulit membina keserasian dengan produk dan bahan tersebut.
3) Untuk melihat reaksi dan ketahanan kulit anda.
Jika kulit anda memiliki ketahanan yang tinggi, kadar yang rendah dan digunakan setiap hari berkemungkinan selamat untuk kulit.
Tetapi jika ketahanan kulit tidak kuat, kadar yang rendah dan digunakan setiap hari boleh buat kulit mengalami over-exfoliating.
Kesimpulannya, anda perlu tahu:
✅ Kekerapan pemakaian bahan aktif seperti AHA, BHA dan PHA adalah bergantung dengan reaksi kulit anda tetapi sentiasa berhati-hati kerana berlebihan boleh merosakkan kulit.
✅ Bina toleransi kulit dengan bahan aktif seperti AHA, BHA dan PHA sebelum tingkatkan pemakaian atau kadar bahan aktif.
Pernahkah anda alami over-exfoliating?
Tag:exfoliation