
Esen Terbaik untuk Kulit Sensitif, Kemerahan & Jerawat | Skinmade Phyto Nutritive Essence Review
Jika kulit anda mudah merah, sensitif, atau kerap mengalami iritasi, Skinmade Phyto Nutritive Essence adalah penyelesaian terbaik untuk menenangkan dan menguatkan skin barrier anda.
Dengan kandungan 98.9% ekstrak botani kaya dengan phytonutrient, esen ini bukan sahaja menyihatkan kulit tetapi juga membantu memulihkan kulit secara mendalam.
Bagaimana Esen Ini Berbeza?
Berbeza dengan banyak produk semula jadi lain yang mengandungi pewangi atau bahan yang boleh menyebabkan iritasi, Skinmade Phyto Nutritive Essence diformulasikan secara khusus untuk memberikan kesan menenangkan tanpa risiko reaksi sensitif.
Ia menggabungkan pelbagai ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kemerahan, menguatkan skin barrier, dan melindungi kulit dari faktor persekitaran.

Bahan Utama Dan Manfaat
✔ Centella Asiatica & 4 Komponen Bioaktif (Madecassoside, Asiaticoside, Madecassic Acid, Asiatic Acid) – Membantu menenangkan kulit, menggalakkan proses penyembuhan kulit, dan meningkatkan keanjalan.
✔ White Mulberry Extract, White Tea Leaf Extract, Licorice Root Extract – Mencerahkan kulit, mengurangkan iritasi, serta mengawal penghasilan melanin untuk mengelakkan hiperpigmentasi.
✔ Golden Chamomile Extract– Bahan anti-radang semula jadi yang membantu mengurangkan kemerahan dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
✔ Red Ginseng Extract, Heartleaf (Houttuynia Cordata) Extract – Kaya dengan antioksidan, menghidrat, dan melindungi kulit dari pencemaran.
✔ Red Algae Extract – Menguatkan lapisan lembapan semula jadi kulit sambil melawan kerosakan akibat sinaran UV.
✔ Zinc Gluconate – Mengawal pengeluaran sebum, mengurangkan minyak berlebihan, dan mencegah jerawat.

Siapa Yang Perlu Menggunakan Esen Ini?
Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif, mudah berjerawat, dan kering.
Jika anda menghadapi masalah kemerahan, iritasi, atau kerosakan kulit akibat faktor persekitaran, Phyto Nutritive Essence akan membantu menenangkan, dan mengembalikan keseimbangan kulit.
Cara Penggunaan
Selepas mencuci muka dan menggunakan toner, titiskan esen ke tapak tangan dan tepuk perlahan pada wajah sehingga meresap sepenuhnya.
Kemudian teruskan dengan serum dan pelembap pilihan anda. Dengan penggunaan konsisten, kulit terasa lebih lembut, anjal, dan bebas kemerahan.
Jika anda mencari esen yang benar-benar melembap, menenangkan, dan melindungi kulit, Skinmade Phyto Nutritive Essence wajib ada dalam rutin skincare anda!
Dapatkan Skinmade Phyto Nutritive Essence di Shopee -> Skinmade Phyto Nutritive Essence