Sunscreen Yang Melembapkan Kulit – Review Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Di glowwe, kami menerima pelbagai soalan setiap hari. Dalam banyak-banyak soalan itu, ada satu soalan yang ingin diberikan penjelasan di sini.
Soalannya ialah ‘Kalau sunscreen itu sudah ada bahan melembapkan kulit, boleh atau tidak kalau saya tidak memakai pelembap.’
Pastikan anda ikuti artikel kali ini sampai habis untuk ketahui jawapannya dan contoh sunscreen yang sesuai untuk anda.
Benarkah tak perlu pakai pelembap jika sunscreen cukup melembapkan kulit?
Apabila memakai sunscreen pada kulit, ia berfungsi untuk mengubah sinar UV kepada haba yang tidak berbahaya pada kulit.
Dengan keupayaan ini, sunscreen sangat bermanfaat untuk kulit seperti:
- Mengelakkan kulit mengalami sunburn
- Mencegah kerosakan sel kulit
- Mencegah kerosakan kolagen
- Mengelakkan kulit alami keradangan
- Kurangkan risiko kulit alami tompok gelap, jeragat atau sunspot
- Cegah penuaan pramatang
- Kurangkan risiko kanser kulit
Ada satu kajian yang dijalankan pada tahun 2020 selama 12 bulan, hasilnya mendapati bahawa individu yang konsisten guna sunscreen menunjukkan peningkatan ketara pada kualiti kulit, tona warna kulit dan tanda-tanda penuan pada kulit berkurang.
Adakah wujud bahan yang bersifat melembapkan kulit di dalam sunscreen?
Jawapannya ya, ada bahan yang bersifat melembapkan kulit di dalam sunscreen.
Apakah bahan tersebut?
Bahan yang bersifat untuk melembapkan di dalam sunscreen tersebut ialah emollient. Emollient ini bertujuan untuk melarutkan UV filter dan memberi kesan lembap pada permukaan kulit
Mencukupi atau tidak bahan yang melembapkan di dalam sunscreen itu kepada kulit sehingga tidak perlu memakai pelembap yang berasingan?
Jawapannya anda akan ketahui selepas anda memakai sunscreen tersebut.
Jika selepas memakai sunscreen tertentu tanpa menggunakan pelembap terlebih dahulu, kemudian anda dapati kulit anda tidak ada sebarang tanda-tanda kekeringan, bermakna sunscreen yang dipakai itu mencukupi untuk melembapkan kulit.
Sebaliknya jika anda merasakan kulit mengalami kekeringan atau pengelupasan secara halus dengan hanya memakai sunscreen sahaja tanpa menggunakan pelembap, maknanya bahan pelembap di dalam sunscreen tersebut tidak mencukupi untuk kulit anda.
Tetapi perlu diingatkan bahawa penggunaan pelembap masih diperlukan pada rutin sebelah malam kerana sunscreen tidak digunakan pada waktu malam.
Jelaslah bahawa anda perlu cuba pakai sunscreen tersebut terlebih dahulu untuk tahu sama ada ia mencukupi atau tidak untuk melembapkan kulit.
Apakah contoh sunscreen yang sesuai untuk melindungi dan melembapkan kulit?
Nama sunscreen tersebut ialah Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen.
Di dalam sunscreen ini mempunyai bahan seperti Aloe Vera yang memberikan kesan cooling, soothing dan melembapkan kulit.
Berdasarkan senarai bahan, sunscreen ini adalah jenis Hybrid Sunscreen yang menggabungkan dua penapis UV iaitu mineral UV filter dan organic UV filter.
Bahan UV filter yang digunakan di dalam sunscreen ini adalah seperti:
Mineral UV Filter
- Titanium Dioxide
- Zinc Oxide
Chemical UV Filter
- Ethylhexyl Methixycinnamate (Octinoxate)
- Ethylhexyl Salicylate (Octisalate)
- Isoamyl P-Methixycinnamate (Amiloxates)
- Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate (Uvinul A Plus)
- Ethylhexyl Triazone (Uvinul T 150)
Di samping itu, terdapat juga bahan tambahan lain yang menarik di dalam sunscreen ini. Antaranya ialah:
- Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera)
- Centella Asiatica Extract
- Orchid Extract
- Morus Alba Bark Extract
Bahan yang dinyatakan di atas ini mempunyai sifat conditioning iaitu merapikan dan melembutkan permukaan kulit.
Terdapat juga bahan lain yang melembapkan kulit seperti:
- Glycerin
- Butylene Glycol
- Sodium Hyaluronate
Selain itu, ia juga mengandungi Allantoin yang bersifat untuk melegakan kulit.
Tekstur sunscreen ini jika dilihat, ia adalah soft cream. Mudah disapu dan diratakan. Tidak berminyak atau melekit.
Tekstur sunscreen seperti ini juga sesuai digunakan sebagai makeup primer.
Apa yang glowwe paling suka tentang sunscreen ini ialah:
- Mempunyai kadar perlindungan yang tinggi iaitu SPF50+ dan PA+++
- Tekstur yang ringan dan mudah meresap apabila disapu pada kulit.
- Kulit tidak berminyak atau melekit apabila sunscreen disapu pada kulit.
Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ingin mencari hybrid sunscreen yang efektif dan mempunyai bahan yang melembapkan kulit, glowwe mencadangkan anda untuk mencuba Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini. Berminat? Klik di sini