5 Moisturizer Terbaik Di Drugstore
Pelembap adalah salah satu daripada tiga produk asas; pencuci muka, pelembap dan pelindung suria (sunscreen) yang diperlukan apabila memulakan rutin penjagaan kulit. Selain berfungsi untuk melembapkan kulit, ia adalah untuk memastikan permukaan kulit muka menjadi licin, lembut dan memastikan transepidermal water loss boleh dielakkan. Glowwe akan kongsikan 5 moisturizer terbaik untuk kulit berminyak, kering, kombinasi dan normal yang boleh didapatkan di drugstore
3 bahan utama yang perlu ada dalam pelembap terbaik untuk memastikan setiap kesan berfungsi dengan baik.:
- Occlusive
- Humectants
- Emoulients
Antara ciri-ciri pelembap yang baik adalah (i) mempunyai sifat mudah diratakan dan boleh menyerap dengan baik pada kulit dan tidak melekit, (ii) bahan di dalam pelembap tidak menyebabkan kewujudan jerawat dan pori-pori tersumbat, (iii) berupaya untuk melembapkan kulit dan tidak menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
Berikut merupakan Top 5 pelembap yang mudah didapati dengan memiliki formula dan bahan yang berkesan dan sesuai dengan jenis kulit yang dimiliki:
1. Wardah Perfect Bright Moisturizer
Bahan kandungan utama: Niacinamide dan Licorice Root Extract
Isipadu: 20 ml
Sesuai untuk: Kulit normal dan berminyak
Tekstur: Krim
Harga: RM 9.00 – RM 10.00
Dapatkan di sini
Pelembap ini memiliki tekstur krim yang tidak berminyak dan mudah meresap pada kulit. Pemakaian produk ini meninggalkan kesan powdery yang memberikan kemasan akhir pada kulit muka.
Mengandungi bahan Brightening Powder yang memberikan whitening effect dan bahan tambahan lain seperti Niacinamide yang berfungsi untuk mengawal aktiviti kelenjar minyak dan mencerahkan kulit. Kandungan Licorice Root Extract membantu mengurangkan penghasilan melanin untuk membuatkan kulit menjadi lebih cerah.
2. Clinelle Purifying Gel Moisturizer
Bahan kandungan utama: Glycerin, Sodium Hyaluronate, Niacinamide, Tea Tree Leaf Oil, Salicylic Acid dan Licorice Root Extract, Panthenol, Allantoin
Isipadu: 30 ml
Sesuai untuk: Kulit berminyak, mudah tumbuh jerawat dan mudah bercela
Tekstur: Gel (Ringan)
Harga: RM 28.00 – RM 36.00
Dapatkan di sini
Pelembap ini tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit wajah dan memiliki kesan cooling sensation apabila dipakai pada kulit wajah.
3) Aiken Prebiotic Hydra Plus Moisturizer
Bahan kandungan utama: Niacinamide, Sodium Hyaluronate, Prebiotic, Sodium Hyaluronate
Isipadu: 40 g
Sesuai untuk: Kulit kering, berminyak dan normal
Tekstur: Gel krim
Harga: RM 30.00 – RM 35.00
Dapatkan di sini
Pelembap ini membuatkan kulit anda berasa segar, tidak merasa melekit pada kulit wajah apabila ia disapu dan kulit menjadi lembap kerana kandungan air yang mencukupi. Ia mengandungi bahan seperti Prebiotic yang merupakan makanan untuk mikroorganisma baik yang berada di sekitar kulit wajah, manakala Sodium Hyaluronate merupakan bahan kandungan yang ditambah untuk menambah air dalam kulit.
4) Neutrogena Oil-Free Moisture
Bahan kandungan utama: Glycerin dan Tocopherol
Isipadu: 118 ml
Sesuai untuk: Kulit berminyak dan kombinasi
Tekstur: Gel (Ringan)
Harga: RM 30.00 – RM 35.00
Dapatkan di sini
Kulit jenis kombinasi memerlukan pelembap yang lembapkan kawasan kulit yang kering tanpa kawasan berminyak jadi lebih melekit.
Pelembap mengandungi sistem Microsponge yang berfungsi untuk menyerap minyak (terbukti secara klinikal), boleh mengawal minyak dan kilauan di zon T; dahi, pipi dan dagu. Memiliki formula bebas minyak dan kesan selepas pemakaian membuatkan kulit muka menjadi matte dan kekal sepanjang hari
5) Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser
Bahan kandungan utama: Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Anthemis Nobilis (Chamomile) Flower Extract, Niacinamide
Isipadu: 50 ml
Sesuai untuk: Kulit kering dan sensitif
Tekstur: Gel (Ringan)
Harga: RM 33.00 – RM 40.00
Dapatkan di sini
Pelembap ini mampu memberi penghidratan sehingga 24 jam sambil mengekalkan kulit yang tenang.
#Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, sila lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk termasuklah moisturizer.
Tag:all-skin types, Cream, gel, hydrating, moisturiser