Menu
CATEGORY / Moisturizers

Pelembap yang Terbaik untuk Kulit Sensitif dan Berjerawat | Healez Daily Regenerative Soothing Moisturizer

Bagi individu yang mempunyai kulit jenis sensitif, sememangnya pemilihan pelembap dengan ciri-ciri melegakan agak terhad. Memilih pelembap yang baik dan serasi dengan kulit berupaya memberikan kelembapan yang secukupnya pada kulit, membuatkan ia selesa dipakai sepanjang hari tanpa menyumbatkan pori selain memberikan kelembapan dan kelegaan yang seharusnya diperlukan oleh kulit jenis ini.

Persoalannya, bagaimana ingin tahu jika kulit anda adalah jenis sensitif? Individu yang mempunyai kulit sensitif mudah menunjukkan reaksi iritasi, keradangan, kegatalan, rasa yang pedih dan kemerahan. Jika anda mengalami keadaan seperti ini, penting untuk mencari produk yang lembut pada kulit.

Setelah disenarai pendek, Glowwe jumpa satu pelembap yang dirasakan terbaik untuk kulit jenis sensitif. Perkenalkan Daily Regenerative Soothing Moisturiser daripada Healez ini.

 

Manfaat Healez Daily Regenerative Soothing Moisturiser

  • Diperkaya dengan antioksidan serta menggunakan 7 bahan semula jadi seperti Centella Asiatica, Rosemary, Japaneese Knotweed dan Chamomile Extract.
  • Teksturnya ringan, mudah diserap dan bebas minyak.
  • Packaging dalam bekas jenis pump, sangat hygienic dan mudah digunakan.
  • Mengandungi bahan seperti Licorice Extract yang boleh sekatakan tona kulit dan mencerahkan parut.
  • Formula tanpa alcohol, bebas pewangi dan paraben sangat sesuai untuk kulit jenis sensitif dan berjerawat.

Bahan utama Healez Daily Regenerative Soothing Moisturiser

Pelembap ini diperkaya dengan antioksidan daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang bukan sahaja boleh melegakan kulit, namun boleh juga beri kesan antiradang, mengurangkan iritasi dan melembapkan kulit. Ia juga bantu mempercepat penyembuhan jerawat dan menguatkan skin barrier

9 bahan berasaskan tumbuhan yang terdapat dalam pelembap ini adalah seperti berikut:

  • Saccharide Isomerate
  • Sparassis Crispa (Cauliflower Fungus) Extract
  • Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil
  • Centella Asiatica Extract
  • Scutellaria Baicalensis (Skullcap) Root Extract
  • Camellia Sinensis Leaf Extract
  • Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract
  • Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract
  • Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract

Senarai penuh bahan:

Aqua, Glycerin, Saccharide Isomerate, Cynanchum Atratum Extract, Hypochlorous Acid (HOCL), Sparassis Crispa (Cauliflower Fungus) Extract, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Centella Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed) Root Extract, Phenoxyethanol, Sodium Acrylates/Beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Scutellaria Baicalensis (Skullcap) Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Hydrogenated Polydecene, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Lauryl Glucoside, Citric Acid, Ethylhexylglycerin.

 

Tekstur Healez Daily Regenerative Soothing Moisturiser

Tekstur pelembap ini adalah gel, ringan pada kulit. Ia tidak meninggalkan rasa melekit dan berminyak selepas diratakan pada kulit.

Selesa untuk kegunaan setiap hari.

Pelembap ini didatangkan dalam botol jenis pump, sangat hygienic selain saiznya yang travel-friendly dengan kandungan di dalamnya sebanyak 30g. Saiz 10g juga tersedia bagi pemula.

 

Cara Guna Healez Daily Regenerative Soothing Moisturiser

  1. Perlu pamkan sahaja kandungannya ke jari dengan kadar secukupnya.
  2. Oleskan ke wajah sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.
  3. Boleh dipakai selepas toner.
  4. Dinasihatkan untuk pakai pada sebelah siang dan malam.

 

Healez Daily Regenerative Soothing Moisturiser menenangkan, melembapkan dan melegakan kulit. Sesuai digunakan oleh kulit sensitif dan berjerawat.

 

Dapatkan Healez Daily Regenerative Soothing Moisturiser -> di sini

No Comments

    Leave a Reply