Apa Perlu Buat Untuk Hilangkan Panau Di Muka?
Apakah panau dan bagaimana diagnosis dibuat?
Tinea versicolor adalah jangkitan kulit kulat biasa yang menghasilkan ruam ciri. Panau atau Tinea Versicolor bermaksud ‘kurap berbilang warna’ adalah sebenarnya sejenis jangkitan kulat.
Jangkitan kulat inilah yang menyebabkan tompok kecil atau bintik-bintik yang berubah warna pada kulit anda dan sering dikelirukan dengan ruam kulit lain.
Doktor boleh mengesahkan tinea versicolor atau panau mengikut rupa ruam dengan melihatnya sahaja.
Atau doktor boleh juga buat pemeriksaan panau dengan cara:
- Wood lamp (black light) examination – Pancaran sinar UV pada kawasan berpanau bertukar menjadi warna oren tembaga fluorescent
- Microscopy guna potassium hydroxide – Sel kulit yang berpanau direndam dalam potassium hydroxide dan dilihat di bawah mikroskop untuk pengesahan
- Skin biopsy – Sampel kikisan kulit diambil dari kawasan yang dijangkiti untuk diperhatikan dan disahkan
Punca sebenar terjadinya panau (cause & symptoms)
Yis atau kulat yang menyebabkan panau bernama Malassezia dan kulat ini ada secara semula jadi pada kulit.
Namun pakar mendapati ada faktor yang menyebabkan kulat ini membiak secara berlebihan dan mengakibatkan panau :
- Kulit berminyak
- Iklim panas
- Berpeluh secara keterlaluan
- Perubahan hormon
Kawasan kulit yang mana mudah dijangkiti panau?
Bagaimana yis atau kulat yang tumbuh berlebihan boleh menyebabkan tompokan panau?
Secara semula jadi, ada bahan kimia yang dihasilkan oleh kulat Malassezia yang meresap ke dalam epidermis dan merosakkan fungsi melanosit.
Makna sel melanosit terjejas dan tak boleh menghasilkan pigmen warna kulit atau melanin pada kawasan tersebut.
Apabila tiada pigmen, kawasan tersebut akan jadi tidak berwarna atau putih di mana ia berbeza dengan warna asal kulit. Panau tidak berjangkit.
Namun individu yang menghadapi panau, tidak mengira warna kulit, biasanya akan rasa rendah diri, alami tekanan emosi dan feelings of self-consciousness.
Siapa mudah dapat panau?
Panau lebih mudah menjangkiti pada tahap awal dewasa dan sering dialami oleh lelaki berbanding wanita.
Namun ada kanak-kanak dan remaja juga hadapi masalah panau ini.
Pilihan rawatan untuk bantu hilangkan panau Adakah panau kekal sembuh setelah rawatan dijalankan?
Cara untuk merawat panau ada dua:
Pertama, menggunakan produk topikal atau biasanya dalam bentuk krim atau losen yang boleh disapu pada kawasan berpanau
Produk begini bersifat antifungal yang mengandungi bahan aktif seperti: clotrimazole tolnaftate econazole
Contoh produk yang anda boleh beli di drugstore untuk tujuan ini adalah:
- Econazine mengandungi econazole
- Creobic Cream mengandungi clotrimazole
- Tolnaderm Cream mengandungi tolnaftate
Kedua, panau yang lebih kritikal atau berpanjangan disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar Doktor akan berikan antifungal pills yang bertindak dengan cara membunuh sel kulat atau menghalang sel kulat daripada tumbuh dan membiak.
Sel-sel kulat dibunuh melalui tindak balas bahan dalam dinding sel yang akan menyebabkan kandungan sel pecah dan akhirnya sel kulat akan mati.
Panau cenderung datang dan pergi untuk satu jangka masa yang panjang, ia mungkin bertambah baik sedikit dalam cuaca sejuk atau kering, tetapi ia biasanya tidak hilang dengan sendirinya.
Rawatan biasanya menghilangkan jangkitan kulat atau panau ini boleh disembuhkan. Tetapi perubahan warna kulit mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk diselesaikan.
Ini tidak bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif yang mengakibatkan perubahan warna kulit.
Ia mengambil masa untuk pulih. Ia tiada komplikasi yang serius atau berbahaya cuma dari sudut kosmetik ia nampak tidak cantik dan kurang selesa.