Review: SUNPLAY Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel SPF50+ PA++++
Pandangan umum mengenai produk
Sunplay memang terkenal dalam membangun serta mengeluarkan pelbagai jenis pelindung suria yang bagus.
Salah satu daripadanya adalah Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel SPF50+ PA++++ mempunyai kelebihan melembapkan kulit. Ringan, lembut dan mempunyai formulasi yang ringan (water-light weightless feel).
Berbeza dengan keluaran Sunplay yang lain ia mempunyai teknologi Solarex-5 termasuk mempunyai bahan bersifat brightening, moisturizing, anti-pollutant, anti-oxidant.
Satu bahan yang istimewa di dalam produk ini adalah Brightenyl yang membantu mencerahkan kulit, menghilangkan tompok gelap dan jeragat.
Salah satu bahan yang bersifat Microbiome-Activated Skin Brightener pernah memenangi anugerah iaitu Gold and Bronze Innovation Award dalam Global and Latin America Cosmetic Awards. Dalam pelbagai jenis dan lambakan produk hanya pelindung suria ini sahaja satu-satunya mengandungi bahan yang memenangi anugerah tersebut.
Ia juga mengandungi Sodium Hyaluronate yang merupakan terbitan daripada Hyaluronic Acid yang bertindak lebih dalam ke dalam kulit bagi membantu melembapkan kulit selain mengandungi Glycerin bagi menyediakan kapasiti pengekalan lembapan yang unggul untuk penghidratan berjam-jam, mengekalkan kulit lembut dan licin dengan ketara, meningkatkan keanjalan kulit serta kelihatan muda.
Ciri-ciri pelindung suria yang baik adalah seperti ini iaitu mengandungi SPF 50 dan PA++++.
Terutamanya bagi yang mempunyai masalah jeragat, bekas jerawat kandungan SPF seperti ini sangat bagus digunakan.
Mengandungi bahan filter UV generasi baru iaitu Tinosorb M dan Tinosorb S yang mempunyai photostability yang tinggi.
Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit kerana dapat memberi kelembapan dan tidak rasa lekit dan berminyak semasa menggunakan pelindung suria ini.
Bagaimana glowwe menggunakan produk ini?
Produk ini memiliki tesktur gel yang agak cair dan nipis serta tidak melekit jadi sangat mudah untuk diratakan pada kulit wajah.
Guna semua langkah rutin penjagaan kulit wajah secara keseluruhan dan pastikan guna pelindung suria ini sebagai langkah terakhir di dalam rutin pada siang hari, setiap hari.
Pastikan guna pelindung suria dengan secukupnya, kuantiti ‘two fingers’ untuk keseluruhan wajah termasuk leher dan telinga.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk
Harga: RM 36.80
Bau: Tiada.
Warna: Putih dengan formulasi gel yang mudah menyerap. Almost no white cast. Kulit kelihatan sedikit glow selepas guna.
Perkara yang glowwe suka mengenai produk
Kelebihan : Mempunyai photostability yang tinggi : Formulasi di dalam produk tidak mudah diuraikan apabila terdedah kepada sinar UV.
Tekstur : Pelindung suria ini mempunyai tekstur yang mudah diratakan serta sangat mudah meresap ke dalam kulit. Menjadikan pemakaian kali pertama sangat selesa, kulit terasa lembap, anjal dan kelihatan berseri.
Jika memakai make-up, ia nampak lebih kemas dan rata.
Saiz dan harga : Pelindung suria yang mengandungi bahan bagus yang telah memenangi anugerah sangat berbaloi dengan harga yang sangat berpatutan serta berkesan untuk melindungi kulit wajah anda dari sinar UV yang berbahaya.
Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk
Glowwe tidak menjumpai perkara yang tidak disukai mengenai pelindung suria ini.
Kesimpulan dan penilaian
- ⭐⭐⭐⭐ ⭐ 5/5
- Produk pelindung suria bagus dari segi size dan mampu milik.
- Mempunyai teknologi dan bahan unik dan bagus serta telah memenangi anugerah.
- Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit.
- Tekstur yang mudah diserap kulit menjadikan kulit kelihatan glowing dan cukup lembap, almost no white cast.
- Sesuai untuk individu yang sering bekerja di dalam cuaca panas atau di dalam kawasan yang menggunakan penyaman udara.
- Penggunaan dengan kuantiti yang mencukupi serta re-apply akan memberikan perlindungan yang baik.