Menu
Acne & Blemish Treatments / SKIN PROBLEM

Apakah punca Dan Cara Merawat Sebaceous Filaments?

Apakah itu sebaceous filaments?

Di bawah permukaan kulit terdapat kelenjar-kelenjar kecil yang menghasilkan sebum, bahan berminyak yang membantu melincirkan kulit. Filamen sebum adalah struktur yang membenarkan sebum mengalir ke permukaan kulit. Apabila badan terlalu banyak mengeluarkan sebum, filamen sebum boleh terisi. Ia menjadi kelihatan dan menyerupai liang yang sangat besar. Ramai sering keliru antara filamen sebum dengan bintik hitam atau blackheads. Bintik hitam adalah sejenis jerawat. Filamen sebum bukan sejenis jerawat, ia adalah struktur normal dalam kulit. Walau bagaimanapun, pengeluaran sebum yang berlebihan yang menyebabkan filamen sebum terisi dan menjadi ketara juga boleh menyebabkan whitehead atau blackheads.

Proses normal kulit menghasilkan sebum boleh menyebabkan filamen sebum menjadi ketara. Keadaan ini berkemungkinan berlaku pada orang yang mempunyai kulit yang lebih berminyak atau liang yang lebih besar berbanding dengan orang yang mempunyai kulit yang lebih kering dan liang yang lebih kecil. Beberapa faktor boleh menentukan saiz liang termasuk:

  • Umur
  • Genetik
  • Folikel rambut yang lebih tebal
  • Pendedahan terhadap matahari

Nota: Filamen sebum yang boleh dilihat bukanlah tanda bahawa kulit itu kotor.

 

Siapakah yang cenderung untuk mempunyai sebaceous filaments?

Orang yang mempunyai jenis kulit berminyak atau liang yang lebih besar lebih cenderung untuk mempunyai filamen sebum di muka mereka daripada jenis kulit kering.

 

Apakah rawatan dan tips yang sesuai untuk merawat dan mencegah sebaceous filaments?

Pengawalan jumlah minyak pada kulit dan penggunaan produk pengelupasan boleh membantu memastikan pori-pori bersih. Bahan-bahan ini boleh meminimumkan penampilan filamen sebum.

Gunakan produk jenis mild untuk membersihkan kulit kerana produk yang lembut pada kulit dapat mengelakkan kulit menjadi terlalu kering dan mengalami kerengsaan. Produk terbaik juga bergantung pada jenis kulit seseorang.

Tiada produk penjagaan kulit dapat menyingkirkan filamen sebum yang ketara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, bahan dan tips berikut boleh membantu mengurangkan sebaceous filaments:

  • Asid salisilik

Asid salisilik, juga dikenali sebagai asid beta hidroksi, adalah ramuan dalam banyak pembersih muka dan krim jerawat. Produk ini mungkin mengandungi 0.5% hingga 2.0% peratus asid salisilik.

Asid jenis ini boleh membantu mengurangkan jumlah minyak pada kulit dan saiz filamen sebum. Asid salisilik adalah larut minyak, yang bermaksud ia boleh menembusi sebum dan membantu membersihkan pori-pori.

Jika seseorang tidak pernah menggunakan produk dengan asid salisilik sebelum ini boleh mula menambah bahan dalam rutin dengan peratus yang rendah. Kurangkan kekerapan penggunaan bahan sekiranya kekeringan atau pengelupasan berlaku.

Pakar dermatologi boleh menggunakan asid salisilik yang lebih kuat daripada produk yang dijual di kaunter. Pengelupasan ini mungkin memberikan perbezaan yang lebih dramatik dalam saiz liang kerana peratus 15-50% asid salisilik yang lebih tinggi.

Asid salisilik adalah sebahagian daripada aspirin, jadi sesiapa yang alah kepada aspirin tidak boleh menggunakannya.

  • Benzoyl peroksida

Benzoyl peroksida adalah bahan biasa dalam produk jerawat. Ia boleh membantu mengeringkan kulit dan mengehadkan jumlah minyak, dan ia boleh mengurangkan saiz liang.

Benzoyl peroksida boleh menyebabkan kekeringan dan pengelupasan yang berlebihan, terutamanya kepekatan yang lebih tinggi. Kurangkan kekerapan penggunaan produk sekiranya mengalami kekeringan dan pengelupasan atau tukar kepada produk dengan kepekatan bahan yang lebih rendah.

 

  • Tea tree oil

Tea tree oil adalah minyak pati yang sering digunakan untuk merawat jerawat. Satu kajian kecil 2016 menunjukkan bahawa tea tree oil juga boleh membantu dengan kulit berminyak.

Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kerengsaan dan tindak balas alahan. Tea tree oil mempunyai reaksi alahan yang paling banyak dilaporkan.

Sesiapa yang mengaplikasikan tea tree oil terus pada kulit hendaklah mencairkannya kepada kekuatan 5%.

Dapatkan rawatan perubatan segera jika tanda-tanda tindak balas alahan berlaku seperti bengkak, atau mengalami masalah bernafas.

 

  • Perlindungan matahari

Kajian 2015 menunjukkan bahawa pendedahan matahari jangka panjang boleh menjadikan pori-pori lebih besar menyebabkan filamen sebum lebih ketara. Pendedahan matahari juga meningkatkan risiko kerosakan kulit dan kanser kulit.

Penggunaan pelindung matahari setiap hari boleh membantu meminimumkan kesan buruk sinar UV dan membantu mengekalkan kulit yang sihat.

Orang yang mempunyai kulit berminyak dan pori-pori besar mungkin lebih suka menggunakan pelindung matahari yang bebas minyak dan bukan komedogenik yang tidak menyumbat liang-liang. Pelindung matahari yang berminyak atau heavy boleh menjadikan pori-pori besar lebih ketara.

Selain itu, adalah idea yang baik untuk memakai topi pelindung dan pakaian yang menutupi kulit apabila menghabiskan masa yang lama di bawah sinar matahari.

 

Kaedah Pencegahan sebaceous filaments?

Penting untuk mencapai keseimbangan lembapan pada kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Berikut adalah petua untuk mengawal kulit berminyak:

  • Cuci muka setiap pagi, petang, dan selepas bersenam.
  • Elakkan menggosok kulit kerana ia akan merengsakan kulit dan boleh menjadikannya ia kelihatan lebih teruk.
  • Gunakan produk penjagaan kulit, seperti pembersih, pelembap dan solekan, berlabel “bebas minyak” atau “bukan komedogenik,” yang kurang berkemungkinan menyumbat pori-pori.
  • Lembapkan kulit setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Pilih pencuci muka yang lembut dan berbuih kerana produk yang keras mengeringkan kulit yang mendorongnya menghasilkan lebih banyak minyak.
  • Elakkan pembersih berasaskan minyak atau alkohol kerana ini boleh merengsakan kulit.
  • Bila nak jumpa doktor:
    • Jika produk over the counter (OTC) dan rutin penjagaan kulit yang baik tidak memberikan hasil yang memuaskan berkemungkinan ingin berjumpa pakar dermatologi. Pakar dermatologi boleh menetapkan ubat yang lebih strong untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan menjadikan filamen sebum kurang ketara.
  • Filamen sebum tidak menyekat liang pori seperti blackheads dan whiteheads.
  • Kelenjar sebum adalah kelenjar yang menghasilkan minyak dalam kulit. Minyak ini dipanggil sebum. Ia bergerak ke lapisan luar kulit atau epidermis melalui folikel rambut. Sebum mengekalkan kulit lembap, sihat dan ia juga tidak berbahaya.
  • Namun begitu, anda boleh mengawal kelenjar sebum dengan mengawal kulit berminyak.

No Comments

    Leave a Reply