Cara Hilangkan Panau Di Muka
Adakah benar bahawa membasuh muka ketika berpeluh boleh menyebabkan munculnya panau di muka? Pastikan anda ikuti artikel kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Apakah panau dan puncanya?
Panau atau nama saintifiknya ialah Tinea Versicolor iaitu sejenis penyakit kulit yang berbagai warna. Sebenarnya panau ini berpunca daripada jangkitan kulat atau dipanggil juga sebagai yis dan fungal. Jangkitan tersebut boleh menyebabkan tompokan kecil, bintik-bintik yang berubah warna apabila dilihat pada permukaan kulit dan tidak sama warnanya dengan warna kulit yang asal.
Cara kenal pasti panau
Doktor atau pakar-pakar kesihatan boleh mengesahkan sama ada sesuatu yang dilihat pada kulit itu adalah panau atau bukan dengan cara melihat rupa bentuk panau tersebut. Selain itu, dalam keadaan tertentu doktor juga boleh melakukan pemeriksaan panau dengan beberapa cara lain.
Cara yang pertama adalah dengan menggunakan kaedah wood lamp examination. Pancaran sinar UV akan diletakkan pada kawasan yang berpanau. Jika kawasan tersebut bertukar warna menjadi warna oren tembaga yang fluorescent, kemungkinan besar itu adalah panau.
Kaedah seterusnya yang doktor akan lakukan adalah Microscopic Potassium Hydroxide. Sel kulit yang berpanau itu diambil dan direndam di dalam Potassium Hydroxide, kemudian ditentukan sama ada ia panau ataupun tidak di bawah mikroskop.
Satu lagi kaedah lain yang dilakukan oleh doktor adalah skin biopsy. Caranya adalah dengan kikis kulit dan ambil sampel daripada kulit yang dikikis itu dan boleh disahkan sama ada ia panau ataupun tidak.
Jadi panau ini bukanlah disebabkan oleh waktu panas, berpeluh kemudian dibasuh dengan air.
Punca utama panau
Puncanya utamanya adalah daripada yis, kulat dan fungal. Nama saintifik bagi ketiga-ketiga tersebut adalah Malassezia. Secara semula jadi kulat ada pada kulit manusia. Kulit yang berlebihan kuantitinya boleh menjadi punca penyakit kulit tertentu seperti panau.
Faktor-faktor kulat membiak secara berlebihan
Pakar-pakar mendapati bahawa terdapat faktor-faktor yang menyebabkan kulat tersebut membiak secara berlebihan dan mengakibatkan panau.
Antaranya ialah:
- Kulit berminyak
- Iklim panas
- Berpeluh secara keterlaluan
- Perubahan hormon
- Sistem imun tubuh badan yang lemah
Bagaimana kulat yang berlebihan menyebabkan panau?
Secara semula jadinya yis atau kulat yang bernama Malassezia ini merembeskan sejenis bahan kimia. Bahan kimia tersebut akan meresap ke dalam epidermis (bahagian atas kulit) dan masuk ke dalam serta merosakkan Melanocytes (sel yang hasilkan melanin ataupun pigmen yang beri warna pada kulit). Bahan kimia daripada kulat tersebut telah merosakkan sel yang sepatutnya berfungsi untuk memberi warna pada kulit. Jadi kawasan yang terkena kerosakan itu tidak mempunyai warna dan disebabkan itu adanya tompokan putih pada kulit.
Panau sebenarnya tidak berjangkit tetapi individu yang menghadapi panau ini akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan. Berdasarkan kajian, panau mudah menjangkiti dalam kalangan orang dewasa yang muda. Ia juga sering dialami oleh lelaki berbanding wanita. Namun, kebanyakan lelaki kurang peduli apabila mereka menghidapi panau berbanding wanita. Tetapi ada juga golongan lelaki yang kisah tentang kemunculan panau tersebut.
Bagaimana cara merawat panau?
Apabila sudah ketahui puncanya, maka anda boleh rawatnya dengan cara memakai produk yang bersifat antikulat atau antifungal
Cara pertama adalah dengan memakai produk tropikal yang menggunakan teknik sapuan seperti krim, losen, syampu ataupun semburan yang disapu pada kawasan panau itu sahaja.
Tujuan utama ubat panau adalah untuk mematikan kulat yang tumbuh secara berlebihan di kawasan panau tersebut.
Kebiasannya produk antifungal ini mempunyai bahan aktif tertentu yang bertujuan untuk membunuh kulat yang berlebihan itu.
Antara bahannya adalah:
- Clotrimazole
- Tolnaftate
- Econazole
Ada juga produk di drugstore yang anda boleh dapati dengan bahan ini seperti Econazine, Creobic dan Tolnaderm Cream.
Bagi panau yang lebih kritikal atau berpanjangan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar.
Doktor pakar akan beri anda antifungal pills yang berbentuk oral dan perlu dimakan. Ubat tersebut berindak dengan membunuh sel kulat dan menghalang kulat daripada membiak dengan banyak.
Kebiasannya sel-sel kulat tersebut dibunuh melalui tindak balas bahan dalam dinding sel yang akan menyebabkan kandungan sel pecah dan akhirnya sel kulat akan mati.
Ubat tersebut tidak boleh dibeli sendiri dan perlu dapatkannya dengan berjumpa sendiri dengan doktor.
Satu lagi perkara yang anda perlu faham adalah disebabkan faktor panau tersebut, sesetengah orang yang ada panau ini cenderung datang dan pergi. Ia hilang dan kemudiannya ada semula. Keadaan tersebut dipanggil sebagai panau-prone skin.
Hal ini kerana ia mempunyai kaitan juga dengan gaya hidup dan kulit seseorang yang cenderung untuk tumbuh dengan subur.
Panau bukanlah satu penyakit yang serius atau berbahaya. Cuma dari sudut kosmetik, ia kelihatan tidak cantik dan menyebabkan rasa kurang selesa.
Sebagai penutup, glowwe ingin ingatkan semula iaitu jangan biarkan panau mengambil alih perhatian yang sepatutnya diberikan ke wajah anda.
Bagi mengurangkan kemunculan panau di kawasan kulit, anda boleh rawatnya sama ada menggunakan produk tropikal atau berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapat ubat dan preskripsi yang betul.