Kelebihan Guna Facial Mask Pada Kulit
Facial mask adalah rawatan dalam penjagaan kulit yang bagus untuk pulihkan masalah kulit muka yang spesifik.
Ada banyak jenis facial mask yang terdapat di pasaran ketika ini dengan bahan aktif yang berbeza-beza untuk jenis kulit yang berbeza.
Antara kelebihan guna facial mask ialah:
1. Tingkatkan kelembapan kulit
Boleh memberikan kelembapan pada kulit terutamanya untuk kulit jenis kering dan kulit yang sedang alami dehidrasi.
Air dan bahan pelembap di dalam facial mask berupaya menyerap jauh ke dasar kulit dan bertindak melembutkan dan tingkatkan keanjalan kulit.
2. Kurangkan kedutan dan garis halus
Apabila facial mask digunakan secara rutin mingguan, ia boleh kurangkan tanda-tanda penuan seperti garis halus, kedutan serta tompok gelap.
3. Tona kulit lebih sekata
Facial mask juga direka untuk kurangkan pigmentasi, jadikan tona kulit lebih sekata dan memperbaiki tekstur kulit.
4. Kecilkan liang pori-pori
Boleh menjadikan permukaan kulit muka lebih bersih, cerah dan pori-pori lebih halus.
Facial mask juga boleh bersihkan pori-pori dengan berkesan, larutkan sel kulit mati, kekotoran dan minyak yang boleh menyumbat pori-pori sekiranya dibiarkan.
Selain manfaat yang dinyatakan di atas, memakai facial mask juga membantu kulit rasa lebih relaks dan luangkan masa untuk berehat sebentar.
Adakah anda juga pakai facial mask secara rutin mingguan?
Boleh kongsikan pengalaman anda pakai facial mask di ruangan komen.