Menu
CATEGORY / Cleansers

Pencuci Muka Yang Melembap Dan Membersihkan Kulit Secara Mendalam

Pencuci muka atau facial cleanser diperlukan untuk bersihkan wajah daripada minyak berlebihan, debu, solekan, peluh dan juga kekotoran yang lain.

Ia juga berfungsi untuk bersihkan pori-pori secara mendalam serta tanggalkan sel kulit mati apabila mengandungi bahan-bahan teretentu.

Membersihkan wajah dengan pencuci muka juga membantu untuk mengekalkan tahap pH kulit dan menjaga kesihatan skin barrier.

Anda mencari pencuci muka yang lembut, boleh tanggalkan sisa kotoran pada kulit dan dalam pada masa yang sama membantu untuk lembapkan kulit?

Glowwe sarankan anda cuba pakai pencuci muka dari Hansaegee Nature ini iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.

Manfaat Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser  

Terdpat pelbagai manfaat yang terdapat di dalam pencuci muka ini. Glowwe suka pencuci muka ini kerana ia:

  • Membantu tanggalkan kotoran, sel kulit mati dan solekan dari kulit dengan berkesan dan kesannya membuatkan kulit kelihatan bersih dan cerah.
  • Mempunyai buih yang halus menyebabkan kulit tidak kering selepas wajah dibersihkan dan wajah berasa lembap.
  • Mampu membersih jauh ke dalam liang pori-pori dan menjadikan wajah lebih bersih dan berseri.
  • Melegakan kulit yang sensitif.
  • Mengawal pengahasilan minyak di wajah.

Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser ini selamat digunakan untuk kulit kerana ia:

  • Paraben free
  • Sulfate free
  • Alcohol free

Bahan utama Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser

Pencuci muka ini menggunakan gabungan 11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan 6 jenis essential oil.

2 bahan utama di dalam pencuci muka ini ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil yang sememangnya bagus dan bermanfaat untuk kulit.

Aloe Vera membantu untuk membersih dan melembapkan kulit, merawat jerawat, antiradang, melegakan sunburn serta mengurangkan penampakan tompok hitam.

Manakala Tea Tree Oil pula bertindak untuk melembutkan kulit, anti kulat, membersihkan kulit serta memberikan kesan kesegaran pada kulit.

11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi adalah seperti berikut:

  1. Aloe barbadensis leaf juice
  2. Tea tree leaf oil
  3. Chamomilla recutita (matricaria) flower extract
  4. Monarda didyma leaf extract
  5. Origanum vulgare leaf extract
  6. Lavandula angustifolia (lavender) flower extract
  7. Mentha viridis (spearmint) leaf extract
  8. Geranium maculatum extract
  9. Mentha piperita (peppermint) leaf extract
  10. Salvia officinalis (sage) leaf extract
  11. Mentha rotundifolia leaf extract

6 jenis essential oil pula adalah seperti berikut:

  1. Cymbopogon martini oil
  2. Citrus limon (lemon) peel oil
  3. Aniba rosodora (rosewood) wood oil
  4. Citrus aurantium dulcis (orange) peel oil
  5. Cymbopogon schoenanthus oil
  6. Lavandula angustifolia (lavender) oil

Tekstur Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser

Pencuci muka ini adalah jenis foam cleanser dan mempunyai buih halus, lembut dan ringan apabila disapu pada kulit.

Pencuci muka ini didatangkan dalam bentuk botol jenis pump dengan kandungan di dalamnya sebanyak 150 ml.

Cara guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

  1. Tekan 2-3 pam bubble foam ke atas tapak tangan yang basah.
  2. Sapukan perlahan-lahan ke wajah dengan gerakan membulat.
  3. Kemudian cuci dan bilas dengan air sehingga bersih.

Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya anda yang mempunyai kulit kering sensitif atau berminyak.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan ringkas pada wajah.

Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka ini, kulit rasa lebih bersih, lembap, segar dan tidak mengeringkan kulit.

Dapatkan Produk Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble

➡️ Official Website

➡️ Official Shopee

No Comments

    Leave a Reply