Kepentingan Memakai Pelindung Matahari atau Sunscreen untuk Kulit yang Cantik dan Sihat
Pelindung matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen, sun cream sebenarnya merujuk kepada satu benda yang sama. Ia digunakan di atas permukaan kulit individu bagi melindunginya daripada bahaya sinaran UVA atau UVB daripada cahaya matahari yang mampu merosakkan kulit dan mengakibatkan pelbagai masalah kulit termasuklah meningkatkan risiko kanser.
Bahaya Sinaran UV dan Impaknya Pada Kulit
Ramai yang tidak sedar bahawa sinaran UV menjadi ancaman tersembunyi yang boleh membahayakan kesihatan kulit anda. Ia tidak hanya meningkatkan risiko kanser kulit, bahkan juga berpotensi mempercepat tanda-tanda awal penuaan, hiperpigmentasi, dan kerosakan sel-sel kulit. Sinarnya dapat menembus lapisan kulit dan mengurangkan keanjalan kulit, menyebabkan garis halus dan kedutan. Selain itu, sinaran UV juga dapat menggalakkan aktiviti penghasilan melanin yang berlebihan sehingga terhasilnya tompok-tompok gelap pada permukaan wajah dan masalah pigmentasi lainnya. Untuk melindungi kulit anda daripada bahaya ini, penting untuk menggunakan sunscreen secara teratur serta mengehadkan aktiviti luar yang terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan, terutama pada waktu-waktu puncak.
Kelebihan Memakai Sunscreen Setiap Hari
Penggunaan sunscreen secara teratur mampu membantu menjaga kelembapan kulit, mengelakkan masalah pigmentasi dan tompok gelap, menganjalkan kulit, mengurangkan tanda-tanda awal penuaan, mencegah kulit kering, iritasi, serta selaran matahari. Selain itu, pemakaian sunscreen secara konsisten juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser kulit. Dengan menggunakan sunscreen setiap hari, kulit anda akan tetap sihat dan kelihatan muda. Sunscreen secara klinikal dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya menembusi secara terus ke kulit wajah di samping dapat memulihkan skin barrier anda.
Cara Memilih Sunscreen yang Betul
Sebelum membeli sunscreen, satu perkara yang anda harus ketahui adalah jenis kulit muka untuk memastikan anda membeli sunscreen yang sesuai dengan keadaan kulit muka anda. Cuaca tropikal di Malaysia menyebabkan kita terdedah kepada cahaya matahari sepanjang tahun. Oleh itu pemilihan spf yang baik juga penting iaitu antara spf 30 sehingga spf 50. Untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik, amalkan pemakaian sunscreen dengan amount yang betul iaitu dengan mengoleskannya sebanyak dua jari selain reapply semula setiap tiga hingga empat jam.
Bagi individu yang mempunyai kulit jenis berminyak atau kombinasi lebih sesuai memakai sunscreen yang teksturnya jenis gel, ringan atau yang memberikan effect matte finishing serta tidak berminyak supaya ia tidak membuatkan pori anda tersumbat.
Antara rekomendasi sunscreen untuk kulit jenis ini adalah seperti berikut:
Azarine Hydrasoothe Sunscreen Gel SPF 45 PA++++
Harga: RM25
Isipadu: 50ml
Y.O.U Sunbrella Daily Defense Sunscreen SPF 30 PA+++
Harga: RM14
Isipadu: 30ml
Kulit jenis sensitif dan cenderung berjerawat pula lebih sesuai memakai sunscreen yang ringan, bersifat melembap dan melegakan yang mampu merawat skin barrier serta tidak membuatkan pori tersumbat. Antara sunscreen yang disarankan untuk kulit jenis ini adalah seperti berikut:
Cosrx Aloe Soothing Cream SPF 50 PA++++
Harga: RM28 – RM35
Isipadu: 50ml
Skintific Barrier Protect Serum Sunscreen SPF 50 PA++++
Harga: RM28 – RM33
Isipadu: 25ml
Manakala kulit jenis kering dan normal lebih sesuai sunscreen yang bertekstur cream atau yang memberikan effect dewy finish supaya ia boleh memberikan kelembapan yang sepatutnya kepada kulit jenis ini. Antara cadangan sunscreen untuk kulit kering adalah:
Axis-Y Biome Double Defense Sunscreen SPF 50 PA++++
Harga: RM 45 – RM49
Isipadu: 50ml
The Originote Ceramella Sunscreen SPF 50 PA++++
Harga: RM17 – RM19
Isipadu: 50g
Penjagaan kulit tanpa sunscreen merupakan perbuatan yang sia-sia. Dalam turutan penjagaan kulit, sunscreen boleh dipakai selepas pemakaian pelembap. Inilah kepentingan sunscreen yang sering dipandang remeh. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya wajib menggunakan sunscreen dalam rutin harian. Sunscreen perlu dipakai pada waktu siang bagi melindungi kulit daripada terdedah kepada sinar UV. Pemakaian sunscreen ini bukan saja untuk mendapatkan wajah yang cantik dan awet muda, tetapi ia adalah untuk melindungi kesihatan kulit kita agar sentiasa sihat. Oleh itu, amalkan penggunaan sunscreen yang betul secara konsisten.