Menu
Serums, Essence & Ampoules

Cara Pilih Serum Muka Terbaik Mengikut Jenis Kulit

Serum adalah salah satu produk penjagaan kulit yang termasuk dalam turutan rutin penjagaan kulit muka. Kebiasaanya, serum akan dipakai selepas essence sejurus selepas mencuci muka serta sebelum pemakaian pelembap.

Serum memiliki bahan aktif tertentu yang bersifat tinggi dan ia juga mempunyai molekul bersaiz kecil. Bentuk dan ciri yang sedemikian membolehkan ia dapat diserap ke dalam kulit dan merawat masalah kulit.

Memiliki saiz molekul yang kecil berbanding produk-produk penjagaan kulit yang lain membolehkan serum menyerap ke dalam kulit lebih jauh untuk merawat di bahagian yang lebih dalam berbanding di permukaan kulit sahaja.

Membawakan 4 jenis serum yang mempunyai fungsi berbeza dalam merawat kepelbagaian keadaan kulit:

1. HYDRATING SERUM
• Sesuai untuk semua jenis kulit; kering dan mengalami kekeringan.
• Terutama kepada pengguna produk pelembap yang merasakan bahawa produk tersebut tidak mampu memberikan kelembapan tersebut.
• Membantu pelembap untuk melembapkan dan merawat kulit di bahagian permukaan kulit yang lebih dalam.

Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum
– Harga: RM 77.50
– Isipadu: 30 ml

Dapatkan di sini 

Serum Neutrogena memiliki bahan utama seperti glycerin; bahan utama mencerahkan kulit serta niacinamide; membantu untuk mengecilkan pori-pori, menguatkan skin barrier dan menyeimbangkan proses penghasilan minyak di kelenjar minyak.

 

2. BRIGHTENING SERUM
• Sesuai dengan kulit yang mengalami kekusaman, bekas jerawat (Post-Inflammatory Hyperpigmentation) yang berwarna coklat atau kehitaman dan jeragat.
Saranan: Memastikan kelembapan pada kulit wajah mencukupi sebelum memakai serum.

 

Sephora Ultra Glow Serum Vitamin C + E
– Harga: RM 77.50
– Isipadu: 30 ml

Dapatkan di sini

Kandungan vitamin C yang membantu untuk mencerahkan kulit; memiliki sifat antioksida dan sedikit bersifat exfoliate. Ia juga berfungsi untuk menghentikan enzim yang bekerja daripada membantu melahirkan melanin di dalam lapisan kulit dan menghasilkan tona kulit yang sekata.

Kandungan vitamin E membantu untuk memperbaiki skin barrier dan sebagai anti-oxidant.

#Tip: Pemakaian produk yang mengandungi vitamin C akan mendapat hasil kulit yang anjal kerana ia menggalakkkan penghasilan kolagen.

 

3. ACNE FIGHTING SERUM
• Sesuai untuk kulit wajah yang berjerawat.
• Cara pemakaian serum: Hanya sapu pada kawasan berjerawat dan sedikit di kawasan sekitarnya.
• Mengandungi bahan yang membantu menghentikan jerawat untuk merebak dengan ‘meluas’.

Jerawat terbentuk disebabkan oleh:
– Minyak berlebihan.
– Sel kulit mati yang menyumbat pori-pori.
– Bakteria.

Eucerin Pro Acne  Super Serum
– Harga: RM 89.00
– Isipadu: 30 ml

Dapatkan di sini

Serum ini mengandungi lactic acid (AHA- Alpha Hydroxy Acid) yang dapat membantu melegakan dan menghapuskan jerawat serta membersihkan liang pori yang tersumbat dan menanggalkan sel kulit mati.

Mengandungi decanediol yang berfungsi untuk membunuh bakteria dan mengelakkan kawasan kulit berjerawat menjadi lebih teruk.

 

4. SERUM ANTI-AGING
• Sesuai untuk mereka yang ingin mengelakkan tanda-tanda penuaan sebelum masanya ataupun memakai serum ini ketika tanda-tanda penuaan telah muncul.

Tanda-tanda penuaan pada kulit wajah:
– Garis-garis halus di tepi mata, smiling line dan dahi.
– Kedutan dan kerutan.
– Merasakan kulit muka menjadi kering; cenderung untuk memiliki garis kedutan dan kerutan.

Pemakaian serum membantu melembapkan dan menganjalkan kulit muka serta ia bersifat antioksidan; melawan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.

 

Nutox Advanced Serum Concentrate
– Harga: RM 78.90
– Isipadu: 30 ml

Dapatkan di sini

Serum ini mempunyai kepelbagaian jenis ekstrak yang membantu untuk mengelakkan masalah kulit yang mengalami tanda-tanda penuaan.

Berikut adalah empat jenis serum yang mudah didapati di dalam pasaran dan berguna untuk setiap masalah dan jenis kulit yang dialami. Anda digalakkan untuk membeli serum yang bersesuaian dan mampu memberi manfaat kepada kulit anda.

No Comments

    Leave a Reply