Menu
Uncategorized

3 Tanda Kulit Anda Sensitif

1. Kulit anda reaktif

🔶 Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, anda mungkin menyedari bahawa sabun, detergen, pewangi, produk penjagaan kulit dan produk kebersihan rumah tertentu boleh menyebabkan anda rasa gatal, kering atau muncul kemerahan pada kulit.

🔶 Selain itu, pendedahan kepada udara yang sejuk, sinar matahari malah dan angin dapat mencetuskan reaksi kulit yang tidak selesa.

2. Kulit anda mudah alami kemerah-merahan

🔷 Kebanyakan orang yang mempunyai kulit sensitif mengalami kulit yang kemerahan.

🔷 Keadaan ini datang dalam bentuk ruam kemerahan, bintik-bintik atau tompok-tompok merah, pipi naik merah-merah atau saluran darah melebar dan kelihatan merah.

🔷 Biasanya keadaan kemerahan ini akan hilang setelah punca atau pencetus dijauhkan daripada kulit atau setelah kulit dirawat dengan bahan tertentu.

3. Kulit anda kering

➡️ Kulit kering dan kulit sensitif selalunya wujud serentak. Keadaan ini boleh menyebabkan jerawat dan kulit yang merekah atau mengelupas.

➡️ Anda mungkin akan menghadapi kekeringan yang lebih serius ketika cuaca sejuk, kering dan apabila terdedah kepada angin.

➡️ Menggunakan pelembap lembut yang boleh melindungi kulit anda daripada unsur-unsur tersebut dapat membantu melawan kekeringan kulit dan mengurangkan sensitiviti.

2 Comments

  • Jelita MJ
    March 25, 2024 at 2:07 pm

    setiap yg tetera diatas tanda kulit sensitif sedang saya hadapi dari julai lalu hingga kini
    Saya mohon dari puan mary utk beri tips & nasihat utk saya bagi permulaan semula (rewind) using skincaresaya mohon sangat-sangatpelbagai jenis brand saya mencuba namun masih gagal dn currently baru mula sebulan lalusaya guna brand Skintific.

    Reply
    • glowwe
      March 28, 2024 at 2:11 am

      Jika Cik Puan alami kulit sensitif seperti yang saya sebutkan, penting untuk ringkaskan rutin penjagaan kulit. Mencari produk yang lembut pada kulit juga penting. Untuk info lanjut, cik puan boleh tonton video yang pernah saya kongsikan di sini ya: https://www.youtube.com/watch?v=29f_qxOZTUk&t=351s

      Reply

Leave a Reply