Menu
Cleansers

Pencuci muka boleh pudarkan jeragat?

Adakah pencuci muka boleh pudarkan jeragat?

➡️ Jawapannya, tidak.

➡️ Kenapa tidak? Tapi penjual kata boleh…

• Pencuci muka adalah produk penjagaan kulit yang ada satu fungsi utama iaitu untuk membersihkan kekotoran daripada kulit muka.

• Semua pencuci muka dicipta untuk fungsi ini.

• Jika ada penjual yang mengatakan pencuci muka mereka boleh pudarkan jeragat, ratakan kulit yang berparut atau surutkan jerawat, penjual itu berkemungkinan besar salah faham fungsi pencuci muka.

• Pencuci muka adalah produk dalam kategori “wash-off products”.

• Pencuci muka dipakai pada kulit dalam tempoh yang sekejap. Tidak sampai seminit pun biasanya.

• Selepas tempoh itu, pencuci muka perlu dibilas atau dibersihkan daripada permukaan kulit.

• Sisa pencuci muka tidak boleh tinggal di atas kulit kerana ia mengandungi surfaktan.

• Surfaktan secara umumnya boleh merengsakan kulit jika dibiarkan lama pada permukaan kulit. Sebab itulah pencuci muka perlu dibilas.

• Disebabkan pencuci muka tidak boleh berada pada kulit dalam tempoh yang lama, ini bermakna bahan aktif lain pun tidak sempat bertindak untuk menyelesaikan masalah kulit.

• Apatah lagi jika dipertimbangkan yang masalah kulit seperti jeragat dan jerawat sebenarnya bukan masalah pada permukaan kulit semata-mata, sebaliknya ia berada pada dasar kulit.

• Jika ada penjual mendakwa pencuci muka yang dijual boleh selesaikan masalah kulit yang bermula di bawah lapisan permukaan kulit, maka anda boleh meraguinya.

• Jika pencuci muka itu ada bahan aktif tertentu yang boleh pudarkan jeragat atau surutkan jerawat contohnya, ia hanya boleh membantu, bukan menyelesaikan.

• Apa yang dimaksudkan dengan membantu?

• Contoh, jika pencuci muka mengandungi bahan aktif seperti vitamin C – sejenis agen pencerah kulit, ia hanya memberikan “quick boost of antioxidants” sahaja.

• Dan “quick boost” ini hanya *berpotensi menggalakkan* pencerahan atau meneutralkan radikal bebas.

• Jika mahu pudarkan jeragat atau rawat masalah kulit yang lain, pilihan lebih baik ialah “leave-on products” seperti toner, esen dan serum.

• Ingat! Pencuci muka yang baik ialah pencuci muka yang boleh bersihkan permukaan kulit dengan berkesan dan lembut.

• Selepas permukaan kulit bersih dan tiada lagi kekotoran, “leave-on products” yang dipakai berikutnya akan lebih berkesan kerana dapat diratakan dan menyerap lebih baik pada permukaan kulit.

NOTA: Pencuci muka merujuk bukan hanya kepada produk yang berbuih itu.

Pencuci muka ada banyak jenis.

Foam cleanser, cream cleanser, micellar water, cleansing oil, cleansing balm, makeup remover – semua ini adalah pencuci muka.

No Comments

    Leave a Reply