Menu
For Brands

Adakah Ulasan Produk Dalam Talian dan Media Sosial Mempengaruhi Pandangan Sesuatu Produk Skincare

Sebagai pempengaruh dalam komuniti penjagaan kulit wajah, baru-baru ini kami telah menjalankan beberapa tinjauan pendapat di saluran YouTube tentang gelagat pembelian dan tabiat mencari maklumat dalam kalangan subscribers kami.

Hasil tinjauan tersebut membuka mata dan memberikan maklumat penting untuk pengguna dan jenama produk penjagaan kulit.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi dapatan hasil daripada tinjauan pendapat dan melihat sejauh mana ulasan produk dalam talian dan platform media sosial menjadi pilihan pengguna sebelum membeli sesuatu produk penjagaan kulit.

 

Tinjauan 1: Kesan ulasan produk dalam talian

  • Kami mulakan undian dengan soalan mudah kepada subscribers iaitu ‘Adakah ulasan produk dalam talian mempengaruhi keputusan anda untuk membeli produk penjagaan kulit?’
  • Sambutan daripada soalan tersebut amat menggalakkan iaitu lebih daripada 1000 undian. Sebanyak 93% memilih bahawa ulasan dalam talian memainkan peranan penting dalam keputusan pembelian sesutu produk penjagaan kulit wajah. Keputusan ini juga meningkat disebabkan oleh perkongsian pengalaman daripada rakan-rakan peminat produk penjagaan kulit.

Kuasa daripada sumber yang dipercayai:

  • Kini pengguna tidak lagi bergantung kepada pengiklanan yang tradisional atau kempen promosi untuk membuat pilihan produk penjagaan kulit yang ingin dipakai. Sebaliknya, mereka lebih memilih untuk melihat ulasan dan maklum balas dalam talian, menilai dan perkongsian pengalaman sebenar daripada pengguna produk tersebut.
  • 93% respon yang diberikan telah menunjukkan bahawa mereka percaya kepada pempengaruh tersebut kerana memberikan pendapat yang jujur dan tidak berat sebelah.
  • Untuk jenama produk penjagaan kulit, ini penting untuk membina pandangan yang baik di dalam talian dan secara aktif menggalakkan kepuasan pelanggan untuk berkongsi pengalaman mereka.

 

Tinjauan 2: mendedahkan platform media sosial sebagai pilihan untuk dapatkan maklumat produk penjagaan kulit

  • Melalui media sosial yang semakin berkembang dari hari ke hari, kami ingin meneroka platform yang subscribers kami harapkan untuk dapat maklumat tentang produk penjagaan kulit wajah.
  • Responnya adalah pelbagai dan memberikan kami gambaran yang menarik tentang pilihan mereka:
    • YouTube – The Ultimate Skincare Hub
      • Sebanyak 69% subscribers kami menganggap bahawa YouTube sebagai satu platform utama untuk mereka mendapatkan maklumat tentang penjagaan kulit.
      • Dengan rangkaian dan kandungannya yang luas seperti ulasdan produk, rutin penjagaan kulit serta nasihat pakar, YouTube telah menjadi Hub utama bagi mencari maklumat yang menarik dan boleh dipercayai.
    • TikTok – Pendek, snappy, dan skincare savvy
      • TikTok telah muncul sebagai platform yang semakin meingkat naik dalam komuniti penjagaan kulit wajah dan telah menarik 20% daripada subscribers
      • Video pendek yang dihasilkan dengan kandungan yang bermanfaat seperti tip penjagaan kulit wajah dan sebagainya telah menarik minat ramai golongan muda.
    • Laman web – sumber pengetahuan klasik
      • Walaupun platform media sosial sedang melonjak naik, penggunaan laman web masih lagi relevan ketika ini. Ia telah menarik sebanyak 7% daripada suscribers kami.
      • Masih ada individu yang menyukai maklumat komprehensif dan terperinci yang terdapat di laman web. Mereka juga sering mendapatkan bimbingan daripada pakar penjagaan kulit dan mencari maklumat tentangf penerangan produk dan senarai bahan.
    • Instagram dan Facebook – Inspirasi estetik
      • Melalui sifatnya yang menarik secara visual, kedua-dua platform ini telah memikat sebanyak 3% daripada subscribers
      • Kedua-dua platform ini boleh berkongsi tentang maklumat produk, senarai bahan, gambar produk serta gambar sebelum dan selepas penggunaan sesuatu produk, menjadi sumber inspirasi dan peluang untuk sesuatu jenama itu mempamerkan produk dengan berkesan.
    • Lain-lain – meneroka melangkaui arus perdana
      • Sebanyak 1% daripada subscribers kami menyatakan platform lain dan ini menunjukkan bahawa komuniti yang mengaja kulit wajah ini sentiasa berkembang dan meneroka jalan baharu untuk mendapatkan maklumat.

Kesimpulannya, ulasan produk dalam talian dan pengaruh media sosial dalam bidang penjagaan kulit seharusnya tidfak dipandang remeh. Berdasarkan tinjauan, 93% subscribers kami menyatakan bahawa ulasan yang dibuat secara dalam talian mempengaruhi keputusan pembelian sesuatu produk penjagaan kulit serta menekankan kepentingan untuk memupuk reputasi dalam talian yang positif.

Selain itu, dengan memahami platform media sosial yang menjadi pilihan pengguna untuk mendapatkan maklumat tentang penjagaan kulit boleh membantu sesuatu jenama itu menyesuaikan kandungan dan strategi pemasaran yang bersesuaian.

YouTube, TikTok, laman web dan platform media sosial seperti Instagram dan Facebook menyediakan peluang kepada jenama produk untuk berhubung dengan golongan yang menjaga kulit dan kongsikan pandangan yang berharga kepada mereka.

No Comments

    Leave a Reply