Apa Ada Dalam Produk Ini Sehingga Hilang Masalah Dark Circle Dan Mata Sembap? | AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum
Lingkaran gelap (dark circles) di kawasan bawah mata, mata yang kelihatan sembap, bengkak (puffy) dan tidak bermaya boleh menjadi kerisauan segelintir individu walaupun ia bukanlah sejenis masalah kesihatan.
Jika anda hanya fokus kepada rutin penjagaan kulit yang biasa sahaja iaitu pencuci muka, pelembap dan pelindung suria, sudah tiba masanya anda gunakan produk khusus yang berkesan serta membantu dalam mengatasi masalah ini.
Apakah faktor penyumbang kepada lingkaran gelap dan sembap di kawasan mata?
Lingkaran gelap dan sembap di sekeliling mata boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah:
Genetik: Ketebalan dan pigmentasi kulit di sekeliling mata sebahagian besarnya ditentukan oleh genetik yang boleh menyebabkan sesetengah orang lebih mudah alami lingkaran gelap ini.
Kurang tidur: Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pengumpulan cecair yang memburukkan lagi masalah lingkaran gelap dan sembap mata.
Tekanan (stress): Tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah sekitar mata mengembang, menjadikan kulit pada kawasan tersebut kelihatan lebih gelap dan berubah warna.
Alahan: Tindak balas alahan boleh menyebabkan keradangan yang membawa kepada bengkak dan gelap di bahagian bawah mata.
Penuaan: Apabila usia semakin meningkat, kulit kehilangan kolagen dan keanjalan menyebabkan kulit di sekitar mata semakin menipis seterusnya membawa kepada masalah kedutan terutama di kawasan hujung mata.
Bagaimana cara mengatasi masalah lingkarang gelap dan mata sembap ini?
Bagi mengatasi masalah ini, adalah penting untuk menggunakan pendekatan pelbagai aspek. Beberapa langkah pencegahan adalah seperti berikut:
Memastikan tidur yang mencukupi: Sasarkan tidur yang berkualiti setiap hari iaitu sekitar 7 hingga 9 jam. Tabiat tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kulit anda kelihatan pucat, menjadikan lingkaran gelap lebih jelas.
Menguruskan tekanan: Tekanan yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan saluran darah sekitar mata mengembang, merubah warna dan menjadikan kulit cenderung lebih gelap.
Menggunakan cold compress: Cold compress seperti ais atau hirisan timun yang diletakkan pada bahagian bawah mata untuk tujuan mengurangkan bengkak mata.
Pakai produk mata yang khusus: Krim atau serum mata yang tepat boleh bertindak lebih lembut dan efektif untuk memperbaiki keadaan kulit sekitar mata yang sembap dan gelap itu.
Memakai sunscreen: Sunscreen boleh dipakai secara harian untuk mencegah kulit dari kerosakan akibat terkena kesan bahaya sinar UV. Ia perlu diratakan atau boleh guna kaedah dap dap pada kawasan mata.
Apakah contoh eye serum yang sesuai untuk memulihkan mata sembap dan dark circle?
Memperkenalkan AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum.
Serum ini mempunyai vegan collagen dengan saiz molekul yang kecil, membolehkan penyerapan yang efektif pada kulit lapisan atas dan membantu dalam sintesis kolagen, menawarkan kesan pengurangan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit. AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum juga sesuai digunakan pada kawasan sekitar mata yang sensitif dan nipis.
Selain itu, fungsi CoolTouch Eye Applicator pada AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum ini membantu memulihkan mata sembab kerana ia memberikan sensasi dingin pada kawasan tersebut tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Bahan utama dalam AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum
- Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Sodium Acetylated Hyaluronate – terkenal sebagai humektan yang menarik dan menahan lembapan agar kulit tidak mudah alami kehilangan air seterusnya meningkatkan hidrasi kulit.
- Vegan Collagen – boleh mengembalikan keanjalan kulit dengan membekalkan nutrien untuk sel kulit.
- 5-Peptide Complex – bertindak secara lembut dan efektif untuk menegangkan kulit di sekitar mata.
- Jojoba Seed Oil – mempunyai ciri anti radang yang mengurangkan keradangan dan bengkak mata.
- Green Plum – menawarkan kesan kelegaan kepada kulit dan memulihkan mata yang lesu.
- Sunflower Seed Oil – memulihkan dan mencerahkan dark circle dengan pantas dan berkesan.
- Green Apple – merangsang pertumbuhan semula sel kulit, melembutkan permukaan kulit.
- Green Grape – bersifat antioksidan, bantu memudarkan kedutan serta garis-garis halus sekitar mata.
Apa yang Glowwe paling suka tentang eye serum ini adalah:
- Tekstur yang ringan, menyerap dengan pantas ke dalam kulit.
- Mudah diratakan dan sangat hygienic.
- Serum dengan teknologi CoolTouch Eye Applicator ini memberikan sensasi dingin ketika digunakan.
- Terbukti berkesan mengurangkan kedutan sebanyak 67% dan eyebags sehingga 22% selama 2 minggu penggunaan.
- Boleh digunakan pada semua kawasan yang mengalami kedutan seperti dahi dan berhampiran garis senyuman.
Cara Guna AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum
- Buka penutupnya.
- Tekan pada bahagian badan produk sehingga teksturnya keluar.
- Ratakan ke kawasan sekeliling mata sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.
- Boleh dipakai selepas penggunaan toner.
- Gunakan secara konsisten untuk dapatkan kesan yang terbaik.
- Simpan produk ini di tempat yang bersih, pada suhu bilik tanpa perlu diletakkan dalam peti sejuk.
Jika anda ingin pulihkan masalah sembap dan pudarkan lingkaran gelap sekitar mata dengan efektif, tambahkan serum mata yang bagus ini ke dalam rutin penjagaan kulit anda. Glowwe mencadangkan anda untuk mencuba AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum. Kulit pada kawasan mata anda pasti terasa lembut, anjal, cerah dan terhidrat. Dapatkan produk ini di sini -> AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum.