Menu
BRANDS / CosRX

Review: Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Pandangan umum mengenai produk

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence ini tidak asing dalam kalangan penggemar produk skincare. Produk ini dinamakan sebagai Advanced Snail 96 Mucin Power Essence kerana esen ini diformulasi dengan 96% lendir daripada siput. Anda jangan terkejut dengan formulasi lendir yang digunakan kerana ia bukanlah diambil terus daripada siput, dibotolkan dan dijual kepada anda. Cosrx menjalankan pelbagai kaedah kajian dan proses yang panjang sebelum boleh menghasilkan sebuah produk yang menggunakan lendir siput sebagai rutin penjagaan wajah. Mucin ialah protein yang terhasil daripada sel-sel. Ia digunakan untuk menghasilkan cecair pekat iaitu lendir atau mucus. Rembesan lendir daripada siput mengandungi glycolic acid, protein dan elastin. Siput menghasilkan rembesan ini untuk memudahkan pergerakan namun Cosrx membawa ia ke tahap yang lebih baik iaitu menghasilkan esen yang boleh digunakan dalam rutin penjagaan wajah.

Kandungan produk ialah rembesan lendir siput, betaine, butylene glycol, 1,2-hexanediol, sodium hyaluronate, panthenol, arginine, allantoin, ethyl hexanediol, sodium polyacrylate, carbomer dan phenoxyethanol. Produk ini tidak mengandungi minyak atau face oil yang boleh menyebabkan kulit berasa heavy dan melekit sebaliknya mengandungi kandungan air yang membantu melembapkan kulit.

Walaupun produk ini mengandungi 96% rembesan lendir siput, tetapi, ia tidak melekit, tidak mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan tidak menyebabkan kulit rasa heavy jika menggunakannya.

Bagaimana Glowwe menggunakan produk ini?

  • Produk ini boleh dipakai siang dan malam.
  • Produk ini juga boleh dipakai sebelum anda memakai pelembap muka dan pelindung suria pada siang hari
  • Pada waktu malam pula, produk ini boleh dipakai sebelum anda memakai serum, krim dan pelembap.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk

Harga: RM 37.90 untuk 100ml. Ia boleh didapati di mana-mana farmasi seperti di Guardian dan Watsons atau boleh juga dapatkan produk di Shopee, Lazada, Hermo mahupun di website utama Cosrx.

Bau: Cosrx Advanced 96 Mucin Power Essence ini tidak mengandungi sebarang bau yang tidak diingini.

Warna: Putih jernih seperti air Pembungkusan: Cosrx adalah syarikat yang mengutamakan pengguna skincare. Semua produknya dijaga. Packagingnya kelihatan mewah dan diletakkan di dalam botol pam.

Ia lebih bersih, senang untuk dipam dan boleh mengelak daripada pencemaran sekiranya diambil menggunakan tangan.

Cruelty-free: Menurut Cosrx, walaupun esen ini menggunakan rembesan lendir daripada siput, siput-siput tersebut diletakkan di atas jaring di dalam bilik gelap dan senyap dimana mereka dibiarkan berkeliaran pada jaring tersebut dan meninggalkan lendir pada laluan yang dilalui. Tiada proses lain yang digunakan untuk memaksa penghasilan lendir atau mucin.

Perkara yang glowwe suka mengenai produk

Tekstur dan kelikatan: produk ini ringan pada wajah. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Walaupun ia dihasilkan daripada lendir siput, ia tidak meninggalkan rasa melekit pada wajah. Tekstur seperti lendir atau mucus.

Sangat melembapkan: Pengguna skincare pasti takut untuk menggunakan produk ini kerana ia terhasil daripada siput. Jangan risau, produk ini selamat digunakan. Glowwe galakkan 1-2 pam daripada produk ini sudah mencukupi untuk anda mengunci kelembapan pada kulit. Produk ini tidak meninggalkan rasa heavy pada wajah dan menjadikan kulit lebih lembap, lembut, anjal dan sihat selepas pemakaian produk.

Perkara yang Glowwe tidak suka mengenai produk

Penggunaan: Bekas produk agak susah untuk dibawa kemana-mana dan tidak travel-friendly. Oleh itu, Glowwe galakkan untuk memindahkan sedikit produk ke dalam bekas pam yang lebih kecil untuk memudahkan pergerakan dan untuk dibawa kemana sahaja.

Kesimpulan dan penilaian

  • ⭐⭐⭐⭐ ⭐ 5/5
  • Sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia tidak mengandungi sebarang kandungan produk yang merengsakan termasuk kulit sensitif, kering, kombinasi, berminyak mahupun normal. Tip kami adalah untuk sentiasa patch test dulu sebelum anda menggunakan produk ini.
  • Konsistensi produk adalah pekat namun tidak melekit dan mudah menyerap masuk jauh ke dalam kulit.
  • Sesuai untuk dipakai setiap musim kerana ia mengunci kelembapan pada kulit menjadikan kulit kelihatan lebih segar, lembap dan sihat.

No Comments

    Leave a Reply