Kenal Pasti Jenis Kulit Dengan Blotting Paper
Hai glowwegirls dan glowweguys!
Ramai individu yang ingin mencari produk yang sesuai dengan jenis kulit muka tetapi tidak tahu jenis kulit muka mereka . Mengetahui jenis kulit muka adalah penting untuk menentukan produk yang sesuai dipakai oleh kulit.
Adakah anda tahu apakah jenis kulit muka anda? Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada jenis kulit muka adalah normal, kering, berminyak ataupun jenis kulit kombinasi?
Haaa… sekiranya masih tidak tahu atau masih tertanya-tanya cara untuk mengetahui jenis-jenis kulit muka, anda WAJIB tonton video ini sekarang!
Semoga bermanfaat!
Tag:blotting paper, jenis kulit, video
44 Comments
Hi nama saya aidil saya nak tanya kenapa muka saya dah mula naik jerawat terlalu banyak bila saya mula guna produk. Sebelum ni saya cuma guna pencuci muka biasa takda toner, moisturiser dengan sunscreen. Tapi bila saya guna, jerawat naik banyak sangat sampai saya pon dah tak tahu nak buat apa. Apa patut saya buat ? Terima kasih
Berkemungkinan produk yang tuan pakai tidak sesuai dengan kulit. Boleh cuba dan cari produk lain yang lebih gentle dan sesuai dengan kulit.
Hai,saya jong nak tanya kalau berminyak sedikit di bahagian muka memang oily skin? Dan saya lihat di bawah pipi macam tak de minyak.
Hai, mungkin kulit tuan adalah kombinasi. Tapi, cuba lakukan test ini beberapa kali untuk kepastian.
Hi , apa yang boleh saya buat kalau bahagian tepi hidung ni asyik mengelupas ? saya punya jenis kulit kombinasi .. tapi bahagian hidung paling teruk tepi2 mengelupas blackhead tak hilang2 walaupun dah pakai scrub 🙁
Boleh cuba amalkan letak Vaseline atau Aquaphor Healing Ointment pada kawasan tepi hidung tersebut.
Untuk blackhead, boleh tukar penggunaan skrub kepada chemical exfoliator seperti BHA (salicylic acid) 2-3 kali seminggu.
Diingatkan untuk tidak gunakan physical exfoliator seperti skrub dan chemical exfoliator dalam rutin yang sama.
Assalammualaikum and Hi Glowwe , sy nak tanya tadi sy dh cuba buat test yang Pn Mary suggest kan i choose yang the last one pakai tisu to test on my skin since i dont have any blotting paper . I think my skin type is more dryness tapi betul ke ? sebb i takde pun mengelupas kat mana mana part of my skin just abit tight , bahagian tzone pun tak oily . Bangun pagi before cuci muka je ada oily at tzone area after that xde. And last i nak tanya utk kepastian, dry skin sesuai ke pakai gel texture or cream base?
Waalaikumsalam. Untuk kepastian, boleh buat ujian ini beberapa kali. Hasil keputusan yang sama bermakna itulah jenis kulit anda.
Kebiasaannya tekstur gel tidak mencukupi untuk kulit kering. Lebih baik cari teksur krim atau losen yang ke arah kering.
Assalamualaikum,
Nak tanya serum yang mengandungi aha atau bha salicylic acid boleh pakai setiap hari atau berkala? Adik saya kulit berminyak dan sensitif boleh ka pakai aha dan bha? Atau lebih sesuai pha.
Untuk bahan yang bersifat exfoliasi seperti AHA dan BHA perlu dipakai dalam rutin mingguan. Untuk kulit sensitif, perlu tahu dahulu adakah ia sensitif kepada aha dan bha atau sensitif kepada bahan yang lain.
Assalamualaikum and hi glowwe, saya nk tanya muka saya sedikit berminyak di bahagian hidung dan pipi dan juga mempunyai blackhead…ape produk yg patut saya gunakan?
Wa’alaikumussalam wbt and hi, boleh guna produk dengan bahan Salicylic acid.
Assalamualaikum…
Saya nak tanya berkenaan jenis kulit selepas melakukan 3 cara yang Puan cadangkan…
Utk tisu, kesemua part melekat di muka setelah saya repeat 2 kli…utk oil film pulak, yg paling jelas di atas hidung dan part lain tu ade kwsan tpi tidak sejelas di hidung. Saya jadi confius disebabkan saya dapati saya jenis combination skin setelah menjawab survey daripada pihak Puan. Mohon penjelasan untuk situasi saya ini.
Assalamualaikum,
Saya telah menggunakan 3 cara yang Puan cadangkan dalam YouTube. Pertamanya kaedah tisu, semuanya melekat di muka so mean it’s oily. Kedua oil film. Hanya part hidung kelihatan jelas while di bahagia lain juga ada tetapi kuantiti itu biasa saja Dan take sejelas di hidung. Ketiga survey, mengatakan saya combination type. So saya confius, mohon penjelasan daripada pihak glowwe. Terima kasih.
Assalamualaikum.. saya nak tanye kulit muka sy kombinasi..kdg2 naik jerawat satu dua dan ade sedikit jeragat. Product apa yg sesuai untuk hilangkan supaya kulit sy glowing dan x de bintik2 jeragat bole cadangkan yg sesuai?
Assalamualaikum sis , banyak sebenarnya soalan yang saya nak ajukan kerana masih confuse , tapi tak ada tempat nak diajukan kecuali disini , saya mempunya rutine skincare yg advance tapi masih kurang yakin adakah ianya betul step yg saya pakai
Waalaikumussalam, cik puan boleh tonton video ini untuk mengetahui secara lebih lanjut.
Hii, saya takda rutin yang kukuh before ni kecuali pakai cleanser sahaja. & jerawat mmg selalu datang cuma seketul setiap kali before period. Tapi 2 minggu lepas jerawat saya naik dengan banyak di bahagian dahi, dagu & tepi hidung. Jadi apa saya harus buat? kukuhkan basic skincare sahaja? jerawat jenis blind & keluar nanah putih.
Hi Fini, ya betul. Cikpuan perlu kukuhkan basic skincare dahulu (cleanser, moisturizer dan sunscreen). Setelah kukuh, boleh tambah dengan rutin skincare yang lain sepert serum. Dan boleh guna spot treatment juga untuk rawat jerawat tadi.
hi , saya nak tanya muka saya selepas cuci agak ketat bahagian area pipi sahaja tapi lepas dalam beberapa jam terus berminyak area dagu , hidung dan dahi . apakah itu oily skin or combination skin? harap jawab terima kasih
Ya, berkemungkinan kulit cikpuan adalah combination. Boleh buat test ini dan ulang beberapa kali https://www.youtube.com/watch?v=d4asIEdmEXo untuk dapat jawapan yang lebih pasti.
hi sya balqis(15 tahun)saya nak tnya before ni saya just guna cleanser,moisturizer and sunscreeen but bukan dari drugstore tapi acne still naik so saya stop and guna cleanser hadalabo,aloe vera guardian and moisturizer from daughter of malaya acne makin kurang but kulit saya kusam so saya add on essence cosrx first botol kecik okey but botol kecik ke-2 dh start naik acne.lepas tu saya add on clara cera glow oil and hadalabo lotion,start tu skin saya like breakout la naik acne dekay dahi, pipi paling banyak lps tu tiny bumps,but now dahi dah ok pipi still x ok lps tu parut makin bnyk sbb jerawat tu dah mati tinggal parut and then tumbuh jerawat lain.tu maknanya skin saya tak sesuai or dh breakout? so skrg sya just guna aloevera and sunscreen lps tu serum boleh sahaja kan??
Boleh cikpuan, yang penting pastikan rutin asas tak tinggal 🙂
assalamualaikum hai , saya taktahu jenis kulit saya and saya risau nak pakai skincare apa, boleh bantu tak ?
Waalaikumsalam. Cikpuan boleh ikuti sahaja step by step dalam video untuk tahu jenis kulit cikpuan.
Hi puan marry… Sy nak Tanya produk apa yang sesuai untuk remaja 13 tahun… kulit normal …adakah cleanser Wardah sesuai untuk Saya
Pemilihan cleanser adalah mengikut jenis kulit cikpuan. Cikpuan boleh tonton video ini untuk tahu cara pilih cleanser yang sesuai >> https://www.youtube.com/watch?v=vN-OPHz5kTg
hai puan maryy, im here just mau tanya if gentle cleanser yg takde foam like cetaphil one can cause tiny bumps ke?
im sorry btw saya kulit berminyak
Tiny bumps hanya akan muncul jika produk atau bahan menyumbat pori-pori. Foam bukan punca pori-pori tersumbat.
hai nak tanya saya ade beli wardah lightening micellar gentle wash . saya dah pakai selama 3 minggu 1 &2 minggu kulit saya tak pedihh cuma mengelupas sikit sikit . minggu ketiga nih saya pakai dia jadi naik ruam dan mengelupas yg jenis bertompok . so produk ni tak sesuai untuk saya ke ? sbb ni first pencuci muka saya . skin type dry skin
Ye, mungkin produk tadi tak sesuai dengan kulit cikpuan. Boleh tonton video ini untuk tahu tanda-tanda produk yang tidak sesuai dengan kulit: https://www.youtube.com/watch?v=9e6kBAUCbSY
Assalamualaikum,
Saya nk tnya skincare apa yg ssuai untuk beginner, remaja (15thn) dan normal skin….saya risau nk guna skincare apa….boleh bantu ??
Waalaikumsalam. Untuk remaja, cikpuan boleh mulakan dengan rutin asas dahulu. Cleanser, Misturizer, dan Sunscreen. Pilih ikut jenis kulit. Boleh tonton video tip penjagaan kulit untuk remaja di sini https://www.youtube.com/watch?v=3Jj23yBuTnc
Hi , sy stacy kulit sy jenis yg sgt sensitif,amt sukar buat sy utk memilih pencuci muka yg sesuai sy telah pn dtg ke klinik kulit utk dapat rawatan tapi kesan nya msih sama , skrg muka sy tgh breakout pipi sebelah kiri , gatal dan merah.. harap dapat bantu sy …
Hi,cikpuan perlu tahu dahulu apakah yang trigger kulit cikpuan menjadi sensitive. Boleh tonton 3 video ini untuk tahu tentang keadaan kulit cikpuan:
https://www.youtube.com/watch?v=29f_qxOZTUk
https://www.youtube.com/watch?v=6vYGokxgTS8
https://www.youtube.com/watch?v=Sb7ULQD1GTc
Hi nak tanya, kita perlu tak reapply toner, serum or any skincare tak termasuk sunscreen la time tengahari selepas solat tu?? Sebab ada yng cakap perlu guna balit and ada yng cakap guna sunscreen je..
Untuk tengahhari selepas solat, memakai moisturizer dan sunscreen sudah mencukupi. Tuan boleh tonton video ini: https://www.youtube.com/watch?v=tA_SziGr18I
Assalamualaikum hai nama saya diyanah,muka saya selalu tumbuh jerawat kuning kecik” (like whitehead tapi warna kuning),bila saya biarkan jerawat tu akan bertukar menjadi bintik hitam and dia makin membesar.
Jadi saya nak tahu kenapa boleh terjadi sebegitu and cara untuk hilangkannya
Harap boleh membantu
Terima kasih 🙂
Waalaikumsalam cikpuan diyanah.
Untuk merawat whitehead dan blackhead, cikpuan perlu pastikan rutin asas cikpuan dah konsisten (Cleanser, Moisturizer, Sunscreen). Dan boleh tambah exfoliation dalam rutin mingguan.
Produk lain yang boleh ditambah adalah yang mengandungi benzoyl peroxide. Cikpuan boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=oodbgHSMQlM
assalammualaikum and hi, boleh ke recommend pencuci muka dan moisturiser untuk kulit kombinasi more to oily dan sensitive skin. kulit saya juga ada jerawat pasir.
Untuk kulit berminyak dan berjerawat, boleh tonton video ini: https://www.youtube.com/watch?v=LlbpCZ-aIXc
Dan untuk kulit sensitif, perlu kenal pasti kulit cikpuan sensitif ke bahan apa sahaja yang perlu di elakkan.
Hai cik,sye nk tnye sye ade bintik ii putih dekat Muka pastu sye try pkai basic skincare tpi bintik ii tuu mcm bertambah naik,ape yg sye perlu buat yee utk menghilangkn bintik ii tu?
Pastikan rutin asas cikpuan dah kukuh, cikpuan boleh pakai produk skincare yang bersifat noncomedogenic, dan boleh tambah exfoliator dalam rutin mingguan cikpuan.