Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Seminar Glow Up
Seminar Glow Up adalah seminar yang diadakan khas untuk pecinta skincare di luar sana. Banyak yang anda akan belajar sewaktu seminar itu nanti.
Seminar yang bakal diadakan ini adalah seminar tentang skincare yang akan dilakukan secara besar-besaran pada awal bulan November nanti.
Pastinya ada yang sudah teruja dan nantikan apakah yang akan kami bawakan untuk seminar itu nanti.
Sebelum itu, kami berikan sebab kenapa orang ramai harus menyertai Seminar Glow Up kali ini. Antaranya ialah:
- Belajar daripada pakar
- Jurucakap bagi seminar Glow Up ini adalah Puan Mary iaitu seorang pakar dalam bidang penjagaan kulit (Skincare Expert).
- Anda boleh dapatkan pengetahuan yang berharga dan bermanfaat daripada pakar penjagaan kulit dengan topik yang pelbagai.
- Pelajari amalan dan teknik terbaik untuk mencapai kulit yang sihat dan berseri terus daripada pakar.
- Pembelajaran interaktif
- Anda akan terlibat dalam pembelajaran interaktif melalui kuiz penjagaan kulit kami.
- Uji pengetahuan tentang penjagaan kulit anda, pelajari tip baru, malah berpeluang memenangi hadiah menarik.
- Ini adalah acara yang menyeronokkan untuk meningkatkan kepakaran tentang penjagaan kulit anda.
- Berpeluang untuk membina networking
- Berhubung dengan sesama peminat penjagaan kulit dan bina hubungan yang berkekalan.
- Glow Up menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan dan menjadi sebahagian daripada komuniti penjagaan kulit yang supportive.
- Bertanya secara terus kepada pakar
- Di dalam seminar itu nanti, sudah pasti ada sesi soal jawab bersama pakar penjagaan kulit wajah iaitu Puan Mary.
- Jadi anda boleh bertanya terus soalan yang berkaitan penjagaan kulit wajah dan dapatkan jawapan secara terus tanpa perlu menunggu.
- Di samping itu, anda juga boleh dapatkan tip dan nasihat penjagaan kulit wajah serta cadangan produk untuk dipakai bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
- Penemuan produk
- Meneroka produk dan jenama penjagaan kulit yang terkini di reruai Glow Up nanti.
- Temui produk baru dan cuba produk yang sesuai dengan rutin penjagaan kulit anda.
- Boleh lakukan patch test untuk melihat keberkesanan produk sama ada sesuai dengan jenis dan keadaan kulit ataupun tidak.
Sertai seminar glow up di sini