Menu
Info

Mitos Skincare Yang Popular Yang Anda Perlu Tahu

Mitos penjagaan kulit ialah kepercayaan atau tanggapan salah secara meluas tentang amalan penjagaan kulit, bahan dan rawatan yang tidak disokong oleh bukti saintifik.

Mitos ini sering disebarkan melalui mulut ke mulut, media sosial dan seumpamanya.

Walaupun sesetengah mitos mungkin terdengar meyakinkan, tetapi penting untuk anda membezakan antara fakta dan mitos sebelum membuat keputusan memakai sesuatu produk.

Di bawah ini glowwe kongsikan kepada anda 20 mitos penjagaan kulit wajah yang popular yang mungkin anda percaya sebelum ini.

  1. Pori-pori boleh terbuka dan boleh ditutup
  2. Ubat gigi boleh rawat jerawat
  3. Kulit berminyak tak perlukan pelembap
  4. Tak perlu pakai pelindung suria di rumah pada waktu siang
  5. Pelindung suria dengan SPF50 tahan sepanjang hari
  6. Semua jenis kulit wajib pakai serum
  7. Kacang dan coklat penyebab jerawat
  8. Jeragat boleh dihilangkan dengan hanya memakai serum pencerahan
  9. Kulit jenis normal tidak akan alami masalah kulit
  10. Lelaki tak perlu jaga kulit
  11. Panau berpunca daripada peluh dan panas
  12. Paraben menyebabkan kanser
  13. Minum lebih air boleh elakkan kulit kering
  14. Kulit perlu berehat sebelum pakai produk baru
  15. Produk yang mahal lebih baik untuk kulit
  16. Produk natural lebih baik untuk kulit
  17. Krim mata tidak perlu dipakai, pakai sahaja pelembap
  18. Kulit muka boleh imun dengan produk yang dipakai lama
  19. Jerawat hanya dialami oleh remaja
  20. Produk penjagaan kulit perlu dipakai mengikut umur

Apabila ramai yang mempercayai mitos ini disebabkan oleh pemasaran dan sebagainya, maka ramai individu yang tidak tahu fakta sebenar.

Memandangkan industri penjagaan kulit semakin berkembang, sebagai pengguna anda perlu bijak menilai maklumat yang didapati berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan bukti saintifik.

Pastikan anda semak segala fakta dan info yang anda perolehi supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak tepat.

No Comments

    Leave a Reply