Menu
CATEGORY / Facial Sunscreen

Memahami Keperluan Penggunaan Sunscreen: Pandangan Pelanggan Hasil Daripada Tinjauan

Sebagai pempengaruh dalam komuniti penjagaan kulit, baru-baru ini kami ada menjalankan satu tinjauan di saluran YouTube kami untuk mengumpul pandangan tentang keperluan penggunaan sunscreen dalam kalangan subscribers kami.

Hasil daripada tinjauan ini memberikan maklumat yang berharga kepada jenama produk penjagaan kulit terutamanya yang memberikan fokus kepada produk pelindung suria (sunscreen).

Dalam penulisan blog kali ini, kami akan berikan hasil tinjauan tentang keperluan penggunaan sunscreen dan menerangkan tentang kepentingan kadar SPF yang ada di dalam sunscreen.

 

Soalan Tinjauan:

Apakah kadar SPF yang lebih disukai untuk melindungi diri daripada sinar ultar ungu?

 

Kepentingan sunscreen untuk kulit:

  • Sunscreen atau pelindung suria penting digunakan pada langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit terutamanya pada sebelah siang.
  • Penggunaan sunscreen ini penting untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan sunburn, penuaan pramatang serta peningkatan risiko kanser kulit.
  • Dengan kesedaran yang semakin tinggi tentang kesan kerosakan matahari, semakin ramai yang menyedari betapa pentingnya kadar sunscreen yang mencukupi untuk kulit.

Keputusan Undian:

  • Tinjauan yang kami lakukan mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada sunscribers dengan keputusan undian melebihi 3,400. Mari kita lihat dengan lebih lagi pecahan keputusan ini.
    • Kadar SPF lebih tinggi daripada 50+
      • Sebanyak 74% responden menunjukkan keutamaan memilih kadar SPF lebih tinggi daripada 50. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada subscribers kami menyedari betapa kepentingan penggunaan sunscreen dengan kadar 50+ ke atas.
    • SPF 50
      • Sebanyak 14% responden memilih sunscreen dengan kadar SPF 50 untuk melindungi kulit mereka. SPF 50 ialah piawaian yang diiktiraf secara meluas di seluruh negara untuk memberikan perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB.
    • SPF 30
      • 7% daripada responden memilih kadar SPF 30. Walaupun sunscreen dengan kadar SPF 30 ini mempunyai tahap perlidungan yang sederhana, ia masih disyorkan oleh pakar dermatologi dan boleh digunakan secara harian.

 

Memahami insights:

  • Hasil tinjauan pendapat memberi penerangan tentang keutamaan pengguna yang semakin berkembang dalam pemilihan dan penggunaan sunscreen.
  • Sebahagian besar subscribers menunjukkan keinginan memilih kadar SPF 50+ ke atas dan sekaligus menunjukkan kesedaran mereka untuk pakai sunscreen dan melindungi kulit dari sinar UV adalah tinggi.
  • Disebabkan itu, trend permintaan produk sunscreen yang mempunyai kadar SPF 50+ ke atas adalah lebih tinggi di pasaran.

 

Peluang untuk jenama produk:

  • Bagi jenama sesuatu produk penjagaan kulit, insights ini memberikan satu peluang kepada mereka.
  • Apabila sesuatu jenama dapat mencipta serta mempromosikan produk sunscreen dengan kadar SPF yang tinggi, ia dapat memenuhi keperluan pasaran yang besar ketika ini.
  • Jenama sesuatu produk skincare boleh menekankan kadar perlindungan yang ditawarkan untuk kulit oleh serta mendidik pengguna tentang kepentingan menggunakan sunscreen dengan kadar SPF yang mencukupi.

 

Kerjasama dan Pendidikan:

  • Sebagai pempengaruh dalam bidang skincare, kami komited untuk menyediakan kandungan yang memberi manfaat kepada audiens kami.
  • Kami amat teruja sekiranya mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan jenama penjagaan kulit bagi meningkatkan lagi pengetahuan subscribers kami tentang penggunaan sunscreen dan memperkenalkan produk yang sejajar dengan pilihan mereka.
  • Dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan kulit dari sinar UV dan mempromosikan produk dengan kadar SPF bersesuaian.
  • Di samping itu, dapat juga mencipta komuniti yang lebih peka untuk melindungi kulit daripada terdedah kepada sinar UV dengan menggunakan sunscreen.

 

Sebagai kesimpulan, ramai pengguna skincare ketika ini sudah mempunyai ilmu dan menyedari akan kepentingan penggunaan sunscreen untuk melindungi kulit daripada sinar UV.

Pemilihan kadar sunscreen adalah bergantung kepada pilihan individu itu sendiri.

Sekiranya perlu bekerja di bawah matahari dalam jangka masa yang lama, kadar perlindungan SPF yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan individu yang bekerja di dalam bangunan atau pejabat.

Pastikan anda gunakan sunscreen setiap hari supaya pada masa akan datang kulit anda kekal sihat dan dapat kurangkan risiko hiperpigmentasi pada kulit.

No Comments

    Leave a Reply