Menu
SKIN PROBLEM / Sunburn

Punca Sunburn Walaupun Pakai Pelindung Suria

Apakah punca sunburn?

Kerap kali muka jadi sunburn selepas pakai pelindung suria walaupun sudah ikut segala tip dari pemlihan ciri pelindung suria yang betul dan sudah pakai dengan betul tapi muka jadi lebih gelap? Malah sudah ulang pakai pelindung suria pun masih lagi sunburn? Apa yang tak kena sebenarnya? Sunburn cukup mudah, nak memulihkan sangat mengambil masa yang agak lama. Jika ini pengalaman anda atau anda mahu elak berlaku seperti ini pastikan anda teruskan bacaan sehingga habis.

First thing first, apakah sunburn? Sunburn ialah selaran atau lecuran sinaran. Ini disebabkan apabila sinaran ultraungu (UV) cahaya matahari merosakkan DNA di lapisan atas sel kulit.

Punca sunburn:

  • Salah cara sapu/pakai sunscreen
    • Pakai dalam kuantiti yang tidak cukup
    • Tidak reapply kerana rasa sudah pakai dengan banyak atau tebal
  • Anggap suncreen sebagai perlindungan mutlak,
    • Sudah pakai sunscreen tapi dedahkan kulit dengan bahaya sinar UV yang kuat dan berpanjangan
    • Sepatutnya anda lindungi seluruh tubuh anda dengan pakaian, topi dan cermin mata hitam yang ada perlindungan UV selain memakai pelindung suria tetapi jika tiada kepentingan lebih digalakkan untuk berselindung di rumah atau dalam bangunan sahaja.
  • Tidak pakai pelindung suria seawal mungkin
    • Hanya pakai setelah tiba di destinasi
      • Contoh, pakai hanya ketika sampai di pantai
  • Kulit lebih sensitif akibat pengambilan sesetengah jenis ubat :
    • Ubatan oral seperti ubatan NSAID (Nonsteroidal anti-inflammatory Drug) seperti ibuprofen apabila digunakan bersama menyebabkan proses resapan pelindung suria terganggu
    • Produk topikal apabila digunakan bersama sapuan seperti produk penghalau serangga terutama untuk individu yang suka hiking boleh mengurangkan keberkesanan pelindung suria.
  • Kualiti sunscreen yang rendah sehingga tidak memberikan perlindungan yang cukup dan menyebabkan sunburn
    • Kes kontroversi sunscreen- Purito Centella Green Level Unscented Sun
      • Produk ini memang sangat disukai kerana formulanya ringan, lembut dan tidak meninggalkan whitecast.
      • Kontroversi bermula apabila INCDecoder, pangkalan data bahan yang diasaskan oleh ahli kimia kosmetik, berkongsi keputusan makmal yang menunjukkan Purito Centella Green Level Unscented Sun sebagai SPF 19 — kurang daripada separuh daripada SPF 50+ yang dikatakan.

Ciri-ciri pelindung suria yang bagus

Ciri-ciri pelindung suria yang bagus adalah seperti :

  • Pastikan ada ditulis label broad spectrum
  • Pilih produk dengan minimum SPF 30 atau SPF 50
  • Pastikan pilih pelindung suria dengan PA++ atau PA+++
  • Memilih produk dengan bahan bertindak sebagai physical sunscreen (jika kulit sensitif)
  • Paling penting pilih tekstur yang sesuai, serasi dan selesa dengan jenis kulit.

Contoh pelindung suria yang baik drugstore edition

1. Biore uv aqua rich water essence SPF 50 PA++++ Sunscreen

2. Skin Aqua Sunplay Physical Sunscreen

3. Neutrogena ultra sheer dry touch sunscreen SPF 50 PA+++

4. Wardah uv shield sunscreen gel spf 30 pa+++

5. Wardah uv shield aqua fresh essence spf 50

Tip memakai pelindung suria

  • Kuantiti pelindung suria adalah sangat penting. Walaupun anda memakai pelindung suria yang mempunyai SPF50 dan PA++++, tetapi jika jumlah dipakai tidak cukup anda masih boleh terima kesan buruk akibat selaran sinar ultra ungu.
  • Pakar kulit mendapati produk pelindung suria mesti digunakan dengan jumlah dua jari (two fingers) untuk keseluruhan wajah termasuk leher dan telinga barulah ia benar-benar berkesan melindungi kulit.
    • Gambar rajah bernombor 1 menunjukkan 11 bahagian badan yang mana setiap satunya boleh menggunakan pelindung suria dalam kuantiti two fingers.
    • Kuantiti two fingers adalah seperti dalam gambar rajah bernombor dua.
  • Pastikan kulit anda memakai pelindung suria pada waktu siang dan reapply untuk perlindungan maksimum walaupun guna water resistant sunscreen.
  • Reapply juga setiap 2 jam terutama jika anda perlu bekerja luar bangunan.

No Comments

    Leave a Reply