Menu
BRAND / Wardah

Review: Wardah Lightening Face Toner

Pandangan umum mengenai produk

Wardah sudah terkenal mengeluarkan beberapa jenis rangkaian produk dan salah satunya adalah rangkaian Lightening.

Review ini merupakan salah satu produk dari rangkaian tersebut iaitu sejenis exfoliating toner dengan formula pH seimbang yang menyegarkan, membantu untuk membersih dan mengecilkan liang pori sambil menyediakan dan mengekalkan pH semulajadi kulit untuk membantu menyerap produk seterusnya.

Digabungkan dengan Advanced Niacinamide dan dirumus dengan Vitamin B3, AHA, Ekstrak Rumpai Laut, Likuoris, dan Vitamin E membantu kulit kelihatan lebih cerah dan berseri dalam penggunaan biasa.

 

 

Bagaimana glowwe menggunakan produk ini?

• Basahkan penyegar atau toner pada kapas, kemudian sapu ke seluruh muka dan leher anda.
• Anda harus menggunakan exfoliating toner ini selepas mencuci muka, dan sebelum menggunakan serum atau pelembap.

• Rutin penggunaan adalah secara mingguan iaitu 2 ke 3 kali seminggu.

 

 

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk

Harga: RM 8.90

Bau: Ada sedikit bau yang ringan.

Warna: Cecair yang jernih.

Perkara yang glowwe suka mengenai produk

Kelebihan : Mempunyai kandungan serta formulasi bahan yang baik, Tidak menyebabkan kulit merengsa apabila digunakan.

Tekstur : Merupakan cecair jernih yang mudah digunakan bersama kapas untuk bantu menjalankan kerja exfoliate pada kulit wajah.

Saiz dan harga : Dengan kandungan 125ml, harga RM8.90 sangat murah dan mampu milik.

Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk

Glowwe tidak menjumpai perkara yang tidak disukai mengenai pelindung suria ini.

Kesimpulan dan penilaian

  • ⭐⭐⭐⭐ ⭐ 5/5

• Wardah Lightening Face Toner ni hanya RM8.90 sahaja di Watson berdekatan atau dapatkan di sini
• Sangat membantu menyelesaikan masalah tona tidak sekata dan mencerahkan kulit wajah Bersama penggunaan pelembap dan pelindung suria dengan baik dan konsisten.
• Untuk kategori exfoliating toner ia sangat murah dan mampu milik dengan bahan yang berkualiti dalam produk.
• Biasakan untuk mula guna sebarang produk baru dengan buat patch test terlebih dahulu, terutamanya untuk yang mudah sensitive atau kulit yang tidak pernah guna sebarang chemical exfoliants

No Comments

    Leave a Reply