Menu
Info

Rahsia Kulit Cantik dan Berseri – Seminar Glow Up

Pada tarikh 11 November 2023 yang lalu, telah berlangsung satu seminar yang dianjurkan oleh Glowwe yang diberi nama Glow Up. Seminar ini bertempat di TSR Conference Hall, Shah Alam, Selangor.

Seminar Glow Up ialah seminar yang diadakan khusus untuk peminat skincare yang turut menghimpunkan pempengaruh dalam bidang ini, penjual dan pengguna yang mahu menguasai ilmu skincare dengan lebih mendalam.

Bagi anda yang tidak tahu, seminar ini juga adalah satu seminar yang diadakan secara besar-besaran dan pertama kali diadakan yang memberi fokus utama tentang penjagaan kulit.

Ia turut dihadiri hampir 600 peserta yang datang dari pelbagai daerah, negeri malahan ada juga yang datang jauh dari luar negara seperti Singapura.

Seminar ini berlangsung selama satu hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang dengan pelbagai topik dan aktiviti yang menarik.

Peserta yang mengikuti seminar kali ini bukan sahaja dapat mengetahui ilmu tentang penjagaan kulit, tetapi juga dapat merasai pengalaman mencuba produk yang ada melalui aktiviti di booth Glow Up partner.

Sasaran peserta di dalam seminar kali ini tidak khusus kepada wanita sahaja tetapi lelaki juga boleh turut hadir dan sesiapa sahaja yang ingin belajar dan kenal dengan lebih lagi tentang kulit dan penjagaan kulit wajah.

Ada 5 modul utama yang diketengahkan dalam seminar kali ini dengan pelbagai subtopik yang menarik.

Modul di dalam Seminar Glow Up

  1. 5 langkah anda boleh jadi pakar untuk kulit sendiri
  2. 12 kategori bahan, fungsi dan cara ia bertindak
  3. Jeragat: cara dan produk untuk pudarkan jeragat
  4. Jerawat: cara dan produk untuk pudarkan jeragat
  5. Teknik jaga kulit 3+1 yang ringkas dan berkesan

Glow Up Partner

Seminar Glow Up kali ini mempunyai 4 partner iaitu:

  1. Hada Labo
  2. Sunplay
  3. Mentholatum Acnes
  4. Melano CC

Aktiviti Menarik di Seminar Glow Up

  • Glow Up Mission

Antara aktiviti menarik di dalam seminar kali ini ialah glow up mission. Secara umumnya, glow up mission ini adalah misi yang perlu peserta selesaikan sebelum seminar tamat.

Peserta perlu melakukan beberapa misi yang wajib di setiap booth glow up partner dan apabila selesai kesemua misi, peserta boleh tebus hadiah di kaunter yang disediakan.

Antara misi yang perlu dilakukan oleh peserta ialah:

  • Glow Up Skin Goals
    • Glow Up Memeories
    • Glow Up Hydration Wonderland With Hada Labo
    • Glow Up UV Defense With Sunplay
    • Glow Up Acne Challenge With Mentholatum Acnes
    • Glow Up Brightening Beauty With Melano CC

Tujuan utama misi ini dilakukan bukanlah untuk tebus hadiah semata-mata tetapi ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta menggunakan produk skincare yang dibawakan khas oleh glow up partner.

Peserta juga dapat merasai pengalaman menggunakan produk sama ada ia sesuai atau tidak dengan jenis dan keadaan kulit.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain yang menarik di booth glow up partner.

  • Skin Chat

Antara aktiviti yang menarik dan mendapat sambutan hangat daripada peserta adalah skin chat.

Ramai peserta yang berminat untuk tahu tentang jenis kulit, cadangan produk dan juga nasihat tentang penjagaan kulit wajah.

Aktiviti ini dikendalikan oleh wakil dari Certified Skincare Consultant (CSC) yang mendapat pengiktirafan dan mahir tentang ilmu penjagaan kulit wajah.

Tidak semua peserta yang hadir itu kenal dan tahu cara penjagaan kulit yang betul. Jadi dengan aktiviti ini, dapat memberi peluang dan pendedahan kepada peserta untuk lebih kenal dengan kulit wajah sendiri.

  • Both Visit

Aktiviti seterusnya yang menarik perhatian juga adalah booth visit. Booth yang mengambil tempat di dalam seminar kali ini ialah glow up partner.

Sebanyak 4 jenama penjagaan kulit terkemuka dari Jepun yang menjadi partner kali ini.

Peserta yang hadir ke seminar bebas untuk ke booth yang disediakan di belakang dewan sama ada untuk melakukan glow up mission atau mendapatkan produk yang dijual oleh jenama tersebut dengan potongan dan harga yang istimewa.

Peserta yang hadir juga berpeluang untuk membuat pemeriksaan kulit dan tahu tona warna kulit mereka serta banyak lagi aktiviti yang mereka lakukan di booth tersebut.

  • Sesi soal jawab berserta kuiz

Di dalam sesi ini, para peserta yang turut hadir berpeluang untuk bertanya soalan dan dapatkan jawapan secara terus daripada pakar penjagaan kulit iaitu Puan Mary.

Selain itu, ada juga sesi kuiz di akhir modul dan peserta yang dapat menjawab soalan dengan jawapan yang betul diberikan sedikit cenderahati.

Di samping itu, di dalam seminar ini juga Puan Mary memberikan pendedahan kepada peserta tentang cara menjaga kulit dengan betul, produk yang sesuai dipakai, bahan serta cadangan rutin yang bersesuaian mengikut jenis kulit.

Puan Mary juga berikan penerangan menyeluruh mengenai sains disebalik penjagaan kulit wajah yang berkesan dan produk yang dipilih itu mestilah bersesuaian dengan jenis dan keadaan kulit.

Bagi memastikan anda memilih produk dan bahan yang betul, anda perlu dapatkan ilmu dan cara jaga kulit yang betul supaya tidak tersalah memilih dan membeli produk.

Seminar Glow Up ini sememangnya platform terbaik bagi peminat skincare serta skincare beginner yang ingin tahu dan belajar  dengan lebih lagi tentang kulit wajah.

Glowwe juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hampir 600 peserta yang turut hadir ke seminar Glow Up kali ini.

Kehadiran, semangat dan tenaga yang anda tunjukkan kepada kami amat luar biasa.

Semoga kita berjumpa lagi di sesi seminar yang akan datang.

Glowwe, your skincare partner, let’s glow together!

No Comments

    Leave a Reply