Menu
Info

Pelancaran Produk Vegan dari Miguhara

Tahukah anda bahawa di Malaysia hanya ada satu sahaja pengedar tunggal bagi jenama skincare dari Korea iaitu Miguhara. Nama syarikat pengedar tunggal jenama Miguhara ini ialah SOORA Beauty.

Walaupun skincare jenama Miguhara ini sudah lama bertapak di dalam dunia skincare sejak tahun 2013 lagi, tetapi jenama ini baru sahaja masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2022 yang lalu. Miguhara juga ada bekerjasama dengan pempengaruh terkenal di Malaysia iaitu Hakken untuk produk mereka.

Pada 29 Oktober 2023 bersamaan hari Sabtu, glowwe telah dijemput oleh SOORA Beauty untuk menjadi jurucakap dalam majlis pelancaran rangkaian produk baru dari Miguhara.

Majlis pelancaran produk ini diadakan di Dewan Iris, Emporis, Kota Damansara dan turut dihadiri lebih daripada 40 orang pempengaruh media sosial dan juga barisan tetamu VVIP.

Majlis bermula dengan sesi pengenalan, kata alu-aluan dari pengacara majlis serta ucapan dari pengasas SOORA Beauty iaitu Puan Fatin.

Seterusnya, pelancaran produk baru dari Miguhara dirasmikan oleh tetamu VVIP iaitu Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi. Selesai pelancaran, Puan Fatin bersama Puan Sri Datin Seri Ramlah memotong kek sebagai gimik pelancaran produk.

Terdapat 2 rangkaian produk yang dilancarkan pada hari tersebut. Nama rangkaian produk tersebut ialah:

  1. Miguhara Green-Tox S.O.S
  2. Miguhara Marine Energy

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan perkongsian dari Puan Mary selaku Skincare Expert tentang rangkaian produk Miguhara yang baru sahaja dilancarkan.

Sesi perkongsian pertama dimulakan dengan rangkaian produk terbaharu dari Green-Tox S.O.S.

Di dalam rangkaian ini mempunyai 3 produk yang utama iaitu:

  1. Green-Tox S.O.S Toner
  2. Green-Tox S.O.S Ampoule
  3. Green-Tox S.O.S Gel Cream

Ketiga-tiga produk ini sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif atau mudah iritasi.

Selain itu, rangkaian produk ini juga sesuai digunakan untuk anda yang:

  • Mahukan produk penjagaan kulit yang lembut untuk kulit sensitif.
  • Mencari produk penjagaan kulit yang hypoallergenic.
  • Mahukan kesan melegakan kulit.
  • Berada di kawasan atau persekitaran yang kering.

Produk di dalam rangkaian ini juga mengandungi bahan aktif BioDToX dengan air teh hijau Jeju serta daun centella asiatica yang membantu melegakan kulit wajah.

BioDTox ialah bahan aktif semula jadi yang diperbuat daripada 3 ekstrak (citrus, aloe vera & broccoli) daripada spesis terpilih tertentu yang terkenal dengan potensinya untuk menggiatkan semula proses detoksifikasi.

Di samping itu, produk di dalam rangkaian ini juga:

  1. Produk vegan
    Produk ini adalah vegan yang telah diperakui oleh British Vegan Society dan menggunakan bahan dari alam semula jadi. Ia sesuai dipakai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.
  2. Mengandungi bahan yang melegakan kulit
    Dalam rangkaian produk ini, ia mengandungi bahan yang membantu untuk melegakan kulit iaitu Jeju Green Tea Water. Ekstrak dari teh hijau ini boleh melegakan dan membantu lembapkan kulit wajah.
  3. Sesuai untuk kulit sensitif
    Bahan-bahan di dalam produk ini telah diuji lulus dan selamat digunakan untuk kulit sensitif. Nilai pH di dalam produk ini selamat digunakan untuk kulit jenis sensitif.
  4. Melatening complex
    Produk di dalam rangkaian ini mengandungi melatening complex yang sudah dikaji selama 10 tahun. Antara bahan di dalam melatening complex ini adalah Chamomilla Recutita (Matricaria) flower extract, chrysanthemum zawadskii extract dan rosa multiflora extract.

Selepas menerangkan tentang kelebihan dan manfaat produk dalam rangkaian Green Tox S.O.S ini, ada sedikit kuiz dan diberikan cenderamata kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan dengan betul.

Di akhir sesi penerangan tentang produk dari rangkaian Green Tox S.O.S, semua yang hadir termasuk tetamu VVIP turut diberikan tester untuk mencuba dan melihat sendiri tekstur produk tersebut.

Ramai yang teruja dan merakamkan video semasa mencuba produk tersebut.

Setelah selesai rehat dan minum pagi, acara diteruskan lagi dengan perkongsian dari rangkaian produk kedua iaitu Marine Energy.

Produk di dalam rangkaian Marine Energy ini khas untuk kulit kering dan mengalami dehydration.

Apakah ciri-ciri kulit kering?

  • Kulit kurang kelembapan
  • Gatal-gatal
  • Kemerahan
  • Menggelupas

Jadi apakah ciri-ciri produk yang sesuai untuk kulit kering?

Bagi anda yang mempunyai kulit jenis kering sesuai memakai produk di dalam rangkaian Marine Energy ini.

Di dalam rangkaian ini ada:

  1. Marine Energy First Essence
  2. Marine Energy Mineral Ampoule
  3. Marine Energy Daily Moisture Cream

Antara bahan utama di dalam rangkaian produk ini ialah:

  • Fill with sea life complex and hyaluronic acid
  • Sea life (sea water untuk essence)
  • Ulleongdo deep ocean water (kaya dengan mineral semula jadi yg bermanfaat untuk kulit seperti:-
  • ‌Magnesium
  • ‌Kalsium
  • ‌Zink

Manfaat utama bahan-bahan tersebut adalah untuk memberi kelembapan pada kulit.

Antara bahan lain yang bagus untuk kulit dan terdapat di dalam produk ialah:

  1. Patented Seaweed Mixture
    • Miguhara mempatenkan sejenis bahan yang menggabungkan sebanyak 13 jenis rumpai laut.
    • Kaya dengan kompaun semulajadi (Fucoidan)
    • Melembapkan & melegakan kulit
    • Telah diuji lulus untuk kulit sensitif
    • Produk ini juga mendapat verified vegan produk
  • Melatening complex
    • Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract
    • Chrysanthemum Zawadskii Extract
    • Rosa Multiflora Extract

Sebaik sahaja selesai penerangan tentang rangkaian produk Marine Energy, majlis diteruskan lagi dengan sesi kuiz dan turut diberikan cenderamata kepada peserta yang menjawab soalan dengan betul.

Seperti mana di sesi yang pertama, sesi kedua ini juga turut diberikan tester untuk mencuba dan melihat sendiri tekstur produk dalam rangkaian Marine Energy.

Selesai perkongsian dari Puan Mary, ada juga sesi cabutan nombor bertuah dan diakhiri dengan majlis penutupan.

Bagi anda yang tidak tahu, terdapat 46 produk yang dikeluarkan oleh Miguhara dan kesemuanya mempunyai manfaat dan bahan tertentu yang bagus untuk kulit.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif dan kering, anda boleh gunakan produk Miguhara ini sama ada dalam rangkaian Green-Tox S.O.S atau Marine Energy dan seumpamanya.

Anda boleh dapatkan semua produk MIGUHARA di pautan ini

No Comments

    Leave a Reply