Menu
SKIN PROBLEM / Under Eyes' Area (Dark Circle, Crow Feet & Milia)

Cara mencegah dan merawat lingkaran hitam bawah mata (dark circles)

Apakah lingkaran hitam bawah mata (dark circles)?

Lingkaran hitam di bawah kelopak mata bawah adalah perkara biasa. Ramai yang rasa tidak yakin dengan diri bila berhadapan dengan khalayak ramai kerana adanya lingkaran hitam yang disertai dengan eyebags. Sebenarnya, terdapat banyak sebab dan faktor lingkaran hitam terjadi. Ia bukan sahaja disebabkan oleh kurang tidur. Ia dipengaruhi juga oleh pelbagai faktor lain. Lingkaran hitam di bawah mata adalah simptom biasa yang dipengaruhi oleh pigmentasi kulit yang lebih gelap dan mungkin berlaku berpunca daripada pembengkakan di bawah kelopak mata bawah. Dari segi perubatan, kawasan ini dirujuk sebagai kawasan infraorbital, iaitu bahagian muka antara bahagian bawah soket mata dan bumbung mulut. Lingkaran gelap di bawah mata selalunya mempunyai warna pigmen yang lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya. Ia mungkin bengkak dan meradang atau kendur.

Keletihan atau fatigue mungkin punca yang paling diketahui ramai tetapi sebenarnya terdapat banyak sebab terjadinya lingkaran hitam. Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu bimbang kerana tiada rawatan perubatan diperlukan. Ramai mengalami tekanan untuk kelihatan sempurna setiap masa. Jangan risau kerana ia sebenarnya normal untuk mempunyai lingkaran hitam.

Apakah faktor terjadinya lingkaran hitam bawah mata?

Faktor risiko yang boleh mencetuskan lingkaran hitam ialah faktor:

  • Keturunan.
  • Terdedah kepada matahari.
  • Lebih atau kurang tidur.
  • Alahan kulit.
  • Dehidrasi.
  • Alahan.
  • Resdung/Hidung tersumbat.
  • Tekanan.
  • Masalah buah pinggang/usus.
  • Peredaran darah tidak teratur.
  • Tabiat peribadi seperti minum alcohol, merokok dan mengambil kafein secara berlebihan.

Siapakah yang mudah mendapat lingkaran hitam bawah mata (dark circles)?

Walaupun ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja, lingkaran hitam lebih kerap berlaku dalam kalangan:

  • Orang dewasa tidak kira lelaki atau wanita
  • Orang yang mempunyai kecenderungan genetik kepada keadaan ini (hiperpigmentasi periorbital)
  • Orang yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap, yang terdedah kepada hiperpigmentasi di sekitar kawasan mata

Apakah rawatan yang sesuai untuk lingkaran hitam bawah mata?

Rawatan meliputi rawatan yang boleh dilakukan di rumah dan rawatan perubatan. Pertama, kita akan sentuh tentang rawatan yang boleh dilakukan di rumah dan rawatan versi DIY seperti;

  • Pakai pelindung suria atau sunscreen (SPF) yang mencukupi

Cuba kurangkan pendedahan matahari pada wajah anda. Pastikan anda memakai pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari. Kemudian, pakai semula sunscreen setiap 2 jam sekali. Sekiranya anda berpeluh, anda kena reapply sunscreen lebih kerap. Contoh produk sunscreen yang boleh didapati di drugstore ialah Skin Aqua UV Moisture Milk, Skin Aqua UV Moisture Gel dan Biore Aqua Rich Watery Essence.

  • Sapukan cold compress di bawah mata

Cold compress boleh mengurangkan bengkak dan mengecutkan saluran darah yang melebar untuk mengurangkan penampilan bengkak dan lingkaran hitam. Balut beberapa ketul ais dalam kain lap bersih dan sapukan pada mata anda. Anda juga boleh basahkan kain lap dengan air sejuk dan sapukan pada kulit di bawah mata anda selama 20 minit untuk kesan yang sama.

  • Dapatkan tidur yang cukup

Tidur yang cukup juga boleh membantu mengurangkan lingkaran hitam. Kurang tidur boleh menyebabkan kulit anda kelihatan pucat, menjadikan lingkaran hitam lebih jelas.

  • Tinggikan kepala anda semasa tidur

Walaupun kekurangan tidur mungkin memainkan peranan dalam menghasilkan lingkaran hitam di bawah mata anda, kadangkala ia berpunca daripada cara anda tidur. Cuba angkat kepala anda dengan bantal. Ini boleh menghalang cecair daripada berkumpul di bawah mata anda yang menjadikannya kelihatan bengkak.

  • Pastikan tubuh anda mendapat hidrasi yang cukup

Cuba untuk minum lebih banyak air. Cecair lain juga boleh membantu anda mengekalkan hidrasi pada tubuh termasuk susu, teh dan jus. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga menambah pengambilan cecair kepada tubuh anda.

  • Letak uncang teh yang sudah direndam di bawah kelopak mata

Teh mengandungi kafein dan antioksida yang boleh membantu merangsang peredaran darah, mengecutkan saluran darah, dan mengurangkan pengumpulan cecair di bawah kulit mata anda. Rendam dua uncang teh hitam atau hijau dalam air panas selama 5 minit, kemudian sejukkannya di dalam peti sejuk selama 15 hingga 20 minit. Setelah ia sejuk, letak uncang teh pada mata anda yang tertutup selama 10 hingga 20 minit, kemudian buang dan bilas mata anda dengan air sejuk.

  • Pakai krim mata

Terdapat banyak krim mata di pasaran. Krim mata atau eye cream boleh mengurangkan rupa lingkaran hitam dengan menghidrat dan melicinkan kulit di sekeliling mata anda. Cari krim yang mempunyai vitamin K dan E dan termasuk antihistamin topikal, yang boleh mengurangkan keradangan. Contoh produk krim mata yang boleh didapati di drugstore ialah L’Oréal Paris Revitalift Eye Cream, WARDAH White Secret Brightening Eye Cream dan NARUKO Marjoram & Lavender Brightening Eye Cream.

  • Pakai mekap

Jika anda ingin menyembunyikan lingkaran hitam, anda boleh menggunakan concealer untuk menutupnya. Terdapat kemungkinan kerengsaan atau tindak balas alahan kepada bahan atau produk sekiranya menggunakan produk topical dan mekap. Jika anda mendapat kesan sampingan, hentikan penggunaannya dan rujuk pakar kulit anda.

  • Rawatan perubatan

Beberapa rawatan perubatan disediakan untuk mengurangkan kemunculan lingkaran hitam. Anda kena ingat bahawa lingkaran hitam bukanlah sesuatu yang perlu diperbaiki. Tidak salah membiarkan ia begitu sahaja. Anda tidak seharusnya berasa tertekan untuk mengubah penampilan anda secara kekal. Namun begitu, tidak salah untuk mencuba rawatan perubatan untuk mengurangkan lingkaran hitam termasuk:

  • Pengelupasan kimia– untuk mengurangkan pigmentasi
  • pembedahan laser- untuk merangsang sel kulit baru dan meningkatkan ketegangan kulit
  • Tatu perubatan– untuk menyuntik pigmen ke kawasan kulit yang menipis
  • pengisi tisu- untuk menyembunyikan saluran darah dan melanin yang menyebabkan perubahan warna kulit di bawah mata anda
  • Penyingkiran lemak– untuk membuang lebihan lemak dan kulit, mendedahkan permukaan yang lebih licin dan sekata
  • Implan pembedahan lemak atau produk sintetik
  • Carboxytherapy untuk meningkatkan aliran darah ke kawasan bawah mata

Terdapat pelbagai kebaikan dan juga keburukan melakukan prosedur kosmetik tetapi, sebelum anda membuat keputusan untuk melakukan sebarang prosedur kosmetik, rujuk dan bincang dengan doktor anda. Rawatan perubatan yang bersifat invasif adalah mahal, menyakitkan, dan mungkin memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Namun begitu, anda tidak perlu risau sekiranya anda masih ada lingkaran hitam bawah mata kerana ia adalah normal dan tidak memudaratkan. Learn to be confident with yourself!

No Comments

    Leave a Reply