Menu
BRAND / Hada Labo

Review: Hada Labo Premium Hydrating Lotion

 

Pandangan umum mengenai produk

Hada Labo mempunyai beberapa rangkaian produk yang mempunyai fokus dan tujuan yang berbeza untuk kulit yang berbeza. Oleh kerana nama produk-produk Hada Labo seakan sama, tetapi setiap rangkaian ini boleh dibezakan dengan warna bungkusan yang berbeza untuk memudahkan pengguna.

Selain itu, losen yang dikeluarkan oleh Hada Labo juga mempunyai dua jenis tekstur iaitu ‘light’ dan ‘rich’. Kebiasaannya tekstur light ini lebih cair berbanding tekstur rich. Namun sekiranya pengguna tidak beri perhatian kepada label, anda mungkin boleh tersalah pilih produk. Jadi, sebelum membeli pastikan baca dahulu label produk.

Untuk produk Hada Labo Premium Hydrating Lotion, ia memiliki tekstur rich seperti esen dan ditujukan untuk individu yang memiliki kulit normal, kering dan juga individu yang sering mengalami masalah dehydration.

Dehydration adalah keadaan kulit yang boleh dialami semua jenis kulit.

Kulit berminyak + dehydration: Apabila kulit jenis berminyak mengalami TEWL yang abnormal, kulit mengalami kekurangan air (water retention) yang sangat banyak menyebabkan kulit mula menghasilkan lebih banyak minyak untuk melembapkan kulit. Hasilnya, keadaan kulit kelihatan sangat berminyak, tetapi kulit terasa kering dan tidak selesa kerana skin barrier mula terganggu.

Kulit kering + dehydration: Kulit kering mempunyai kekurangan iaitu ia memiliki kelenjar minyak yang tidak aktif menyebabkan ia tidak mempunyai kelembapan yang cukup. Apabila kulit jenis berminyak mengalami TEWL yang abnormal, kulit mengalami kekurangan air (water retention) yang sangat banyak menyebabkan kulit berusaha keras menghasilkan minyak tetapi ia tidak mampu menghasilkan minyak sepertimana kulit berminyak. Keadaan kulit yang kering di bahagian luar dan dalam ini menyebabkan kulit kering memiliki skin barrier yang sangat lemah.

Kulit kombinasi + dehydration: Kulit kombinasi mempunyai kawasan kulit yang berbeza. Apabila kulit mengalami masalah dehydrated, ada kawasan yang mengalami keadaan seperti kulit kering, dan ada kawasan yang mengalami keadaan seperti kulit berminyak.

Tetapi, tidak perlu khuatir kerana masalah dehydrated boleh diselesaikan dengan memakai bahan-bahan yang membantu mengembalikan kelembapan kulit dan salah satu bahan tersebut adalah hyaluronic acid.

Hada Labo Premium Hydrating Lotion mempunyai 7 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang diteknologikan untuk menembusi setiap lapisan kulit bagi mengunci, mengganti dan mengembalikan kelembapan kulit.

7 Jenis Hyaluronic Acid tersebut adalah:

  • Sodium Hyaluronic acid (HA)
  • Sodium Acetyl Hyaluronic Acid (Super HA)
  • Hydrolyzed Hyaluronic Acid (Nanodiode HA)
  • Hyaluronic Acid Hydroxypropyltrimonium (Skin-Absorbing HA)
  • Sodium Hyaluronic Acid Cross polymer (3D HA)
  • Lactic Acid Bacterium/Hyaluronic Acid Fermented Liquid (Fermented HA)
  • Sodium Hydrolyzed Hyaluronic Acid (Penetration Type HA)

Setiap jenis HA mempunyai kategori dan berat yang berbeza yang menentukan sejauh mana ia boleh menembusi ke dalam kulit.

Hada Labo Premium Hydrating Lotion menggunakan gabungan beberapa jenis HA yang memiliki berat yang berbeza untuk mendapatkan kesan hidrasi dan penembusan yang optimum terhadap kulit.

Bagaimana glowwe menggunakan produk ini?

Produk ini memiliki tesktur yang likat jadi, ia boleh dipakai sebagai toner atau esen tanpa penggunaan kapas muka.

Boleh dipakai setiap hari, gunakan ia selepas mencuci muka dan diikuti dengan produk lain.

Cara lain yang dicadangkan untuk memakai Hada Labo Premium Hydrating Lotion adalah:

 

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk

Harga: RM40-70

Bau: Tiada.

Warna: Lutsinar malahan kulit menjadi lebih glow selepas pemakaian!

Pembungkusan: Berwarna kuning (sangat cantik!), botol plastik dengan saiz yang besar iaitu 170ml. Produk ini boleh tahan lebih daripada 3 bulan! Turut ada di dalam saiz kecil untuk pengguna yang baru ingin mencuba atau ingin dibawa melancong.

Cruelty-Free & Vegan: Tidak.

Perkara yang glowwe suka mengenai produk

Tekstur: Losen di Jepun adalah toner, tetapi oleh kerana toner ini mempunyai tekstur likat seperti esen, ia boleh dipakai pada langkah esen. Walaupun teksturnya tidak seperti toner yang lain tetapi ia sangat mudah meresap ke dalam kulit. Menjadikan kulit terasa anjal dan berseri selepas pemakaian!

Berkesan dalam melembapkan kulit: Produk ini menjalankan tugasnya dengan sangat baik dan seperti yang diiklankan! Ia memulihkan kulit yang sedang mengalami dehydration dalam masa 2-3 minggu. Kulit kekeringan juga sering mengalami kekusaman, apabila anda memakai toner ini anda boleh memakai serum yang mempunyai fungsi yang berlainan bagi memulihkan skin barrier dan mencerahkan kulit kusam seperti Niacinamide atau Green Tea atau Vitamin C.

Saiz yang besar dan harga yang berpatutan: Hyaluronic acid adalah bahan yang sangat mudah didapati di dalam pelbagai jenis produk. Bagi glowwe, antara produk lain yang menggunakan Hyaluronic Acid sebagai bahan aktif utama di dalam produk, Hada Labo Premium Hydrating Lotion adalah produk yang berbaloi dari segi harga dan saiz. Di Watson dan Guardian, produk ini sering boleh didapati dengan harga promosi sekitar RM48 sahaja. Untuk 170ml dengan harga RM48, anda hanya membelanjakan RM0.28 untuk 1ml!

Penggunaan secara keseluruhan: Sangat dicadangkan untuk kulit kering dan kulit yang mengalami dehydration terutama individu yang bekerja di dalam cuaca sejuk atau berada di dalam kawasan yang menggunakan penyaman udara dalam tempoh yang lama.

Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk

Bekas: Dengan kelikatan tekstur produk ini, glowwe lebih suka sekiranya ia ada di dalam bekas yang menggunakan pam. Lebih mudah untuk digunakan dan dipakai pada wajah.

Kesesuaian dengan kulit: Untuk kulit yang sangat berminyak dan tidak mengalami dehydration, ternyata produk ini sememangnya bukan untuk anda. Adalah lebih baik beralih kepada produk Hyaluronic Acid yang lain.

Kesimpulan dan penilaian

  • ⭐⭐⭐⭐ 4/5
  • Produk Hyaluronic Acid yang bagus, saiz besar dan mampu milik.
  • Sesuai untuk kulit normal, kering dan yang sedang mengalami masalah kulit kekeringan (dehydration).
  • Tidak sesuai untuk kulit berminyak yang tidak mengalami masalah dehydration.
  • Tekstur yang likat tetapi mudah diserap kulit menjadikan kulit kelihatan glowing dan cukup lembap.
  • Sesuai untuk individu yang sering bekerja di dalam cuaca sejuk atau di dalam kawasan yang menggunakan penyaman udara.

No Comments

    Leave a Reply