Menu
BRAND / Skindom

3 Produk Jenama Skindom Ini Melengkapkan Rutin Awet Muda Anda

Secara asasnya, rutin penjagaan kulit yang baik hanya memerlukan 3 ke 5 produk sahaja. Walaupun bilangan produk kedengaran sedikit, tapi proses mendapatkan produk berkualiti yang  sesuai untuk kulit sebenarnya tidak begitu mudah.

Kali ini Glowwe mahu bantu anda permudahkan proses mencari 3 produk asas iaitu pencuci muka, serum dan pelembap dengan menggunakan produk jenama Skindom daripada Korea Selatan.

Hampir semua jenis kulit boleh menggunakan produk daripada Skindom ini namun fokus utamanya produk ini ialah individu dengan jenis kulit yang matang yang mahu rutin yang ringkas dan boleh  mengekalkan kulit menjadi awet muda.

Produk Skindom yang dicadangkan ialah:

●  Yeast Ultra Deep Cleansing Whip Foam

●  24K Gold Collagen Serum (Brightening)

●  Luxury Cell Peptide Ultra Moisturizing Cream

Apa kata Glowwe kongsikan ulasan 3 produk daripada Skindom ini satu per satu? Mari kita mulakan dengan pencuci muka daripada Skindom ini.

Yeast Ultra Deep Cleansing Whip Foam

● Pencuci muka ini mempunyai pembungkusan (tiub) berwarna putih yang bersih dengan isipadu yang besar iaitu 150ml.

● Tekstur pencuci muka ini apabila dikeluarkan daripada tiub ialah putih dan agak likat berkrim.

● Apabila ditambah air, teksturnya bertukar menjadi buih-buih halus namun masih mempunyai sifat berkrim yang menyenangkan dan mudah digosok lembut pada kulit.

● Dengan tekstur begini, kekotoran dan saki baki solekan mudah ditanggalkan serta tidak menyebabkan kulit terasa tegang atau kering.

● Bahan menarik yang ada di dalam pencuci muka ini ialah enzim papain  dan bromelain  yang  terkenal dengan sifat pengelupasan lembut  (mild exfoliation).

● Pencuci muka ini juga mengandungi hyaluronic  acid yang melembapkan, allantoin yang  mengelakkan keradangan dan berupaya melegakan kulit serta 7 jenis ekstrak semula jadi yang  melembutkan permukaan kulit.

● Tanpa bau yang  kuat, pencuci muka ini sebenarnya tidak menjadi masalah untuk digunakan oleh hampir semua jenis kulit.

● Malah  ia tidak perlu digunakan dalam  kuantiti yang  banyak untuk mendapat kulit yang bersih, lembut dan sedia untuk menerima kebaikan daripada produk yang digunakan selepasnya.

24K Gold Collagen Serum (Brightening)

● Sebaik sahaja anda melihat kandungan serum ini, anda akan tertarik dengan cebisan emas yang  kelihatan jelas dalam serum ini.

● Emas yang digunakan di dalam serum ini ialah 99.9% emas tulen yang  mempunyai fungsi untuk meningkatkan kadar penghasilan kolagen di dalam kulit dan menyebabkan kulit terasa lebih anjal.

● Serum ini turut mempunyai kolagen yang bersumberkan marin di mana ia bertindak sebagai humektan yang menarik kelembapan dan menahan kelembapan tersebut agar kulit mempunyai cukup hidrasi.

● Disebabkan dua bahan utama ini, serum ini boleh dikatakan sebagai serum yang lebih menyasarkan kepada kulit jenis matang atau yang sudah mula nampak tanda-tanda penuaan.

● Serum ini turut mengandungi hyaluronic  acid untuk menghidratkan kulit, ekstrak mulberry  yang  berupaya mencerahkan tona kulit dan purslane iaitu sejenis tumbuhan yang kaya dengan antioksidan dan berkemampuan untuk merangsang pertumbuhan sel  baru.

● Gabungan semua bahan ini menunjukkan serum ini boleh juga digunakan oleh hampir semua jenis kulit.

● Tekstur serum ini tidak seperti kebanyakan serum yang bersifat cecair dan kurang likat. Serum ini adalah sebaliknya – tekstur gel krim dan sedikit likat.

● Namun tekstur ini sangat mudah untuk digunakan pada kulit. Dengan menggunakan dropper  untuk mengeluarkan produk ke tapak tangan, kemudian perlahan-lahan diusap lembut pada  kulit wajah, anda akan dapati ia mudah diserap dan ringan untuk digunakan.

Luxury Cell Peptide Ultra Moisturizing Cream

● Pandangan pertama terhadap pelembap ini mungkin bagi orang lain adalah  biasa  sahaja. Namun  apabila  anda  membuka penutup kepada balang produk ini, anda akan lihat tekstur gel lembut yang memberikan perasaan nyaman dan ringan.

● Pelembap ini tidak melekit, sangat ringan, mudah disapu pada kulit dan mudah meresap pada  permukaan kulit.

● Ada pelbagai bahan menarik yang ada di dalam pelembap ini antaranya sodium hyaluronate untuk menghidratkan sel kulit, adenosine untuk meningkatkan keanjalan dan mengurangkan garis halus, niacinamide untuk mencerahkan kulit dan mengawal aktiviti kelenjar minyak.

● Daripada 50ml pelembap ini, sebanyak 15mg merupakan peptide yang terkenal dengan fungsi penjanaan semula sel kulit serta menjadikan kulit lebih kuat dan sihat.

● Pelembap ini amat sesuai digunakan oleh kulit yang alami pengelupasan, kulit yang kurang  hidrasi atau kulit yang mahukan keanjalan serta garis halus yang pudar.

● Kulit yang alami kekusaman dan mahukan pelembap yang memberikan rasa segar tanpa  melekit juga sesuai menggunakan pelembap ini.

● Sepanjang menggunakan pelembap ini, kulit jelas terasa lebih lembut, halus dan berseri.

Ketiga-tiga produk  jenama Skindom yang menarik dan berkesan ini boleh diperolehi  di Magicboo – pasaraya kecantikan yang terbesar yang mempunyai lebih 50 cawangan di Malaysia dan Singapura.

Selain ke pasaraya Magicboo, anda juga boleh mendapatkan produk seperti berikut:

No Comments

    Leave a Reply