Menu
Acne / SKIN PROBLEM

Punca dan Cara Hilangkan Biji-Biji Halus di Wajah (Microcomedones)

Apakah itu biji-biji halus atau microcomedones?

Komedo ialah benjolan kecil berwarna kemerahan, putih atau gelap pada kulit anda. Ia adalah sejenis jerawat, disebabkan oleh kelenjar minyak dan sel kulit mati yang berkumpul pada bukaan (folikel) yang menutupi akar rambut.

Untuk membentuk jerawat, perlu ada gabungan bakteria, keradangan dan minyak. Tetapi sebelum interaksi ini berlaku dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, terdapat juga penyebab utama jerawat yang dipanggil microcomedone. Dalam erti kata lain, pada peringkat microcomedone, sel-sel kulit menjadi lebih melekit, mula terkumpul di dalam liang dan boleh menghalang pengelupasan. Pada masa kritikal inilah microcomedone akan kekal tidak kelihatan atau bergabung dengan bakteria dan sebum untuk bertukar menjadi komedo.

Microcomedones berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon endrogen di dalam badan. Endrogen membantu tubuh memasuki fasa akil baligh dan matang secara fizikal. Wanita yang mempunyai tahap endrogen yang tinggi mungkin mengalami jerawat, bulu di kawasan wajah dan masalah-masalah lain. Kulit akan mengalami proses yang dipanggil sebagai skin cells proliferation ketika fasa akil baligh. Pada peringkat ini, sel akan terus membahagi sehingga ke permukaan kulit. Apabila proses ini berlaku secara pantas, kulit tersebut tidak sempat matang, malah ikatannya yang kuat dan tidak mudah terlepas akan menghasilkan plak keratin. Plak keratin bila bercampur dengan sebum dan minyak pula akan menghasilkan whiteheads dan blackheads. Bakteria pula akan membiak di kawasan tersebut lalu akan mengakibatkan tumbuhnya jerawat.

Siapakah yang cenderung untuk mempunyai biji-biji halus (microcomedones)?

Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur dan jenis kulit. Namun begitu, ia lebih cenderung berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini adalah kerana, peringkat remaja mengalami fasa tempoh akil baligh maka remaja seringkali mengalami masalah microcomedone disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Apakah langkah pencegahan dan rawatan yang sesuai untuk merawat microcomedones?

Langkah terbaik untuk merawat dan mencegah microcomedones adalah dengan melakukan rawatan pengelupasan lembut atau gentle exfoliation bagi menanggalkan microcomedones.

Gentle exfoliation

  • Lactic acid atau AHA BHA boleh digunakan untuk proses pengelupasan. Proses ini boleh dilakukan sebanyak 2 ke 3 kali seminggu bagi memecahkan ikatan yang kuat antara sel dan menanggalkan plak keratin.
  • Guna produk yang ada keratolytic effect seperti vitamin C yang mempunyai peratusan sebanyak 5% or 10%. Ia juga boleh digunakan bersama hyaluronic acid bagi membantu menanggalkan microcomedones. Keratolytic effect adalah sejenis rawatan perubatan untuk menghilangkan ketuat, kulit yang mengalami calluses dan masalah kulit lain yang menyebabkan epidermis menghasilkan kulit yang berlebihan.
  • Niacinamide pula boleh membantu untuk mengawal penghasilan minyak

Pakar dermatologis boleh membantu membuat diagnosis dan memastikan bahawa biji tersebut bukan disebabkan oleh keadaan lain. Mereka mungkin mencadangkan ubat topikal, termasuk salicylic acid atau benzoyl peroksida. Anda juga boleh membantu mencegah komedo dengan menggunakan produk kulit bukan komedogenik, menanggalkan mekap pada waktu malam dan memastikan muka dicuci sebanyak dua kali sehari.

No Comments

    Leave a Reply