Menu
BRAND / Skintific

4 Produk Ini Berkesan Untuk Rawat Kulit Berminyak dan Berjerawat

Rutin kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu terlalu sulit dan menggunakan banyak produk.

Penggunaan bahan yang sesuai dan ringkas dengan keadaan kulit wajah akan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Kali ini Glowwe mahu bantu anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan produk yang berkualiti tinggi daripada jenama Skintific.

Skintific adalah satu jenama terkenal yang didapati menghasilkan produk dengan bahan yang boleh membantu memulihkan skin barrier.

Produk SKINTIFIC diformulasikan oleh sekumpulan saintis dari Canada yang komited dengan kaedah research proven.

•  SKINTIFIC terkenal dengan TTE Technology (Trilogy Triangle Effect) yang bermaksud bahan dan formula produk SKINTIFIC menggunakan:

  • Precise Active Ingredients
    • Dirumus dengan bahan aktif termaju dengan piawaian yang terbukti berkesan untuk beri hasil terbaik pada kulit
  • Intensively Hydrating and Calming the Skin
    • Mempunyai bahan aktif untuk cepatkan proses pemulihan masalah kulit pada masa yang sama melembapkan dan melegakan kulit
  • Effectively Protects the Skin Barrier
    • Setiap formula penjagaan kulit Skintific fokus untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan skin barrier

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit terlalu berminyak dan berjerawat tetapi pada masa yang sama anda masih mahu menjaga kesihatan skin barrier sangat disyorkan untuk menggunakan produk Skintific di bawah ini sebagai rutin.

Produk Skintific yang dicadangkan adalah:

  • 5X Ceramide Low pH Cleanser
  • Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask
  • 2% Salicylic Acid Anti Acne Serum
  • 5X Ceramide Barrier Repair Moisturize Gel

Apa kata Glowwe kongsikan ulasan 4 produk daripada Skintific ini satu per satu?

Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser

Untuk individu yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat anda boleh mulakan rutin harian dengan menggunakan pencuci muka yang mengandungi pH yang rendah.

•  Pencuci muka ini didatangkan dengan pembungkusan (tiub) berwarna biru dengan isipadu 80ml.

•  Tekstur pencuci muka ini adalah gel krim yang sangat ringan, tekstur sebegini sesuai untuk hampir semua jenis kulit dan juga keadaan kulit yang sensitif.

•  Ia juga ada teknologi micro-foaming iaitu buih halus dan lembut yang selamat dan berkesan digunakan tanpa menyebabkan iritasi sekaligus tidak akan menyebabkan kulit jadi kering setelah menggunakannya.

• Pencuci muka ini boleh digunakan dengan selamat dan berkesan tanpa menyebabkan iritasi.

•  Di dalam pencuci muka ini ada bahan  yang berkesan untuk membersihkan kulit daripada minyak berlebihan, tidak mengeringkan kulit dan dapat kekalkan kelembapan kulit seperti:

  • Amino Acid (Sodium Cocoyl Glycinate)
  •  Niacinamide
  • Hyaluronic Acid

• Tidak mempunyai bauan yang kuat sesuai untuk anda yang mungkin kurang selesa dan sensitif dengan produk yang mengandungi fragrance.

•  Produk ini hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit bagi mendapatkan kulit yang bersih, lembut dan seterusnya untuk menerima kebaikan daripada produk yang akan digunakan selepasnya.

Skintific Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask

Penggunaan clay mask ini adalah untuk anda yang mahu lakukan deep cleansing secara mingguan.

•  Clay Mask ini didatangi di dalam jar yang agak minimalist dan kecil bersama satu spatula kecil. Pastikan anda menggunakan spatula berbanding hanya menggunakan jari bagi mengekalkan kebersihan atau hygiene produk.

• Clay mask ini juga sangat unik kerana ia berwarna hijau dan mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang halus.  

• Clay mask ini mengandungi herba yang berkualiti, bersifat calming dan soothing iaitu Mugwort.

• Mugwort juga ada sifat anti-bakteria, anti-kulat, anti-radang, anti-penuaan dan bagus untuk melindungi kulit terutama skin barrier.

• Herba yang dipanggil sebagai healing herb ini turut bantu:

o Menanggalkan kekotoran

o Merangsang pembaharuan sel kulit

o Mencerahkan kulit yang kusam

•  Mugwort juga digunakan untuk keadaan kulit yang merengsa kerana ia memberi kesan kelegaan

•  Selain itu, produk ini turut mengandungi Niacinamide yang bersifat anti-radang, boleh bantu  mencerahkan kulit dan mengawal penghasilan minyak.

•  Bahan penting lain yang ada dalam clay mask ini juga adalah salicylic acid yang bertindak untuk unclog pores dan percepatkan proses pemulihan jerawat.

•  Penggunaan mask ini adalah sekitar 10 ke 15 minit sahaja selepas muka dibersihkan. Anda akan dapat rasa sensasi dingin pada kulit semasa guna masker tersebut.

This image has an empty alt attribute; its file name is Shopee-1.png

Skintific 2% Salicylic Acid Anti Acne Serum

Serum, memang diciptakan untuk fokus kepada mengurangkan masalah jerawat serta mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah.

• Didatangkan dalam botol jenis pump menjadikan produk ini sangat mudah digunakan.

• Serum ini mempunyai tekstur yang ringan, mudah menyerap pada kulit wajah.

• Selain Salicylic Acid, serum ini juga turut mengandungi Centella Asiatica atau lebih dikenali sebagai CICA yang bersifat melegakan kulit dan bantu percepatkan proses pemulihan kulit.

• Walaupun serum ini bekerja dengan laju tetapi sebenarnya ia sangat lembut pada kulit.

• Ada juga Niacinamide iaitu bahan yang membantu mengawal minyak berlebihan dan juga boleh juga bantu mencerahkan kulit

• Produk ini mengandungi 2% Salicylic Acid dan perlu diingat bahawa kadar di dalam serum ini merupakan kadar maksimum Salicylic Acid yang dibenarkan secara OTC.

• Untuk skincare beginner anda sangat dicadangkan untuk guna produk ini secara berkala seperti  2 ke 3 kali seminggu sahaja kerana kandungan kadar bahan dalam produk ini tinggi dan potent (kuat).

• Disebabkan kandungan salicylic acid pada kadar begini memang perlu digunakan secara berkala, anda hanya perlu tingkatkan kekerapan penggunaan setelah kulit serasi dengannya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Shopee-1.png

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel

  • Bagi individu yang mempunyai masalah kulit jenis berminyak dan juga berjerawat mencari pelembap yang serasi sebenarnya sangat susah.
  • Anda dicadangkan untuk pakai pelembap yang ringan, mudah serap, non-comedogenic dan bebas minyak seperti Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel.
  • Pelembap daripada rangkaian ini merupakan Skintific Star Product – all in 1 barrier solution!
  • Pelembap ini juga didatangkan di dalam jar bersama satu spatula kecil untuk tujuan menjaga kebersihan atau hygiene produk.
  • Mempunyai tekstur gel berwarna putih, ringan dan mudah menyerap yang mana sangat membantu keadaan kulit tersebut, bahkan sebenarnya ia turut sesuai untuk jenis kulit lain termasuk sensitif.
  • Pelembap ini mampu menghidrat, melembapkan kulit dan boleh rawat kerosakan skin barrier.
  • Ia juga boleh kurangkan kekeringan dan masalah keradangan dan kemerahan akibat adanya jerawat kerana kandungan bahan dalam produk sangat membantu.
  • 5X Ceramide pada label bermaksud ada 5 jenis ceramide dalam produk ini yang bagus untuk kuatkan skin barrier:
  • CERAMIDE NP
  • CERAMIDE EOP
  • CERAMIDE AP
  • CERAMIDE AS
  • CERAMIDE NS.

• Di dalam pelembap ini turut ada bahan yang menjadikan pelembap ini lebih bagus untuk kulit yang dalam proses menggunakan bahan bersifat bebas minyak  dan anti-jerawat seperti Salicylic Acid seperti;

  • Hyaluronic Acid
  • CICA (Centella Asiatica)
  • Marine Collagen
  • Kesemua produk daripada jenama Skintific yang berkesan membantu mengatasi masalah jerawat sambil menjaga kesihatan skin barrier kulit ini boleh diperolehi daripada Shopee dan Lazada store juga dalam talian.
  • Keseluruhan rutin dan cadangan produk ini sangat sesuai bagi individu yang mahu rutin khusus kulit berminyak dan berjerawat.
  • Turut sesuai digunakan bagi anda yang mahu mengelakkan jerawat (breakout) pada masa akan datang.
  • Produk boleh didapati menggunakan pautan link berikut.
This image has an empty alt attribute; its file name is Shopee-1.png

5 Comments

  • Vivian Tan
    July 20, 2023 at 3:46 pm

    Hi puanuntuk 4 produk rawat kulit berminyak dan berjerawat jenama skintific ni tak perlu add step toner?

    Reply
    • glowwe
      July 21, 2023 at 1:03 am

      Toner adalah pilihan cikpuan.
      Tapi selain produk ini, cikpuan perlu pastikan pakai sunscreen di step terakhir.

      Reply
      • Vivian Tan
        July 21, 2023 at 4:19 am

        Puan,jika ingin menambahkan toner dekat 4 produk itu..toner apa yang sesuai ya dalam skintific?

        Reply
        • Vivian Tan
          July 21, 2023 at 6:28 am

          Dan permulaan serum tu guna 2-3 kali seminggu? Lepas dah serasi bole pakai setiap hari pagi dan malam?
          Untuk produk skintific ini boleh terukan guna tak jika skin dah pulih?

          Reply
  • nurainaa
    August 17, 2023 at 3:57 am

    Puan. Utk kulit breakout baru lepas stop produk merkuri, kena cuba set skintific yg mana ? Jenis kulit berminyak, berjerawat, berparut, kusam dan berpori. Tq

    Reply

Leave a Reply