Menu
Info

Benarkah produk skincare di Malaysia banyak yang mengandungi sake?

Isu sake dan rice ferment filtrate di dalam skincare ini kembali menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini.

Masih ada yang keliru sama ada boleh atau tidak memakai produk skincare yang ada sake atau rice ferment filtrate di dalamnya.

Bagi glowwe penerangan untuk isu ini tidaklah begitu sukar.


Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memahami penerangan yang dipetik daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984:

  • Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak.
  • Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  • Kesimpulan, alkohol (yang bukan dibuat dari proses pembuatan arak) tidak najis dan boleh digunakan untuk tujuan selain dari minuman memabukkan.


Daripada penerangan di atas ini, anda boleh faham isu sake dan rice ferment filtrate.

  • Setiap sake (arak Jepun) mengandungi rice ferment filtrate (air peraman beras). Bukan semua rice ferment filtrate itu ada sake.
  • Rice ferment filtrate dari proses pembuatan sake hukumnya haram dan najis, tetapi rice ferment filtrate yang dibuat bukan melalui proses pembuatan sake hukumnya tidak najis.
  • Kesimpulan, rice ferment filtrate (yang bukan dibuat dari proses pembuatan sake) tidak najis dan boleh digunakan untuk tujuan selain dari minuman memabukkan.

Bagaimana mahu tahu rice ferment filtrate pada produk diperbuat dari proses pembuatan sake atau tidak? Ada dua cara:

1. Pertama, baca label.

  • Jika ada ditulis sake, elak pakai. Jika tidak ditulis sake, bermakna ia bukan diperbuat dari proses pembuatan sake.

2. Hubungi pihak pengeluar produk

  • Sekiranya masih ragu-ragu dengan rice ferment filtrate yang ditulis pada label dan mahu sahkan proses pembuatannya, hubungi pengeluar produk berkenaan. Pihak berkenaan pastinya mempunyai jawapan bagi soalan yang diajukan.

Dapatlah dirumuskan bahawa tidak semua produk skincare yang berada di pasaran Malaysia ini mempunyai sake di dalamnya.

Sekiranya anda berasa ragu-ragu dan tidak yakin dengan kandungan bahan yang ada di dalam produk tersebut, lebih baik elakkan penggunaannya

Masih banyak produk lain yang berada di pasaran untuk digunakan setiap hari.

No Comments

    Leave a Reply