Menu
Dark Spot & Hyperpigmentation / SKIN PROBLEM

Cara Hilangkan Parut Jerawat Pada Wajah

Tiada siapa yang suka jika wajah ada cela atau parut jerawat di bawah. Sudah pasti anda ingin hilangkannya dengan segera.

Jadi apa yang perlu dilakukan dan produk apa yang perlu dipakai untuk hilangkannya? Ikuti artikel kali ini untuk ketahui jawapannya.

Jika parut jerawat yang ada di kulit wajah itu dalam, ia tidak boleh dirawat atau dipulihkan dengan skincare dan dapatkan rawatan daripada pakar.

Tetapi, jika parut tersebut disebabkan oleh jerawat, memang ada produk dan bahan-bahan khusus yang boleh membantu anda hilangkan parut tersebut.

Berrikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk memulihkann serta memudarkan parut jerawat ataupun cela yang ada pada wajah.

3 Cara Hilangkan Parut Pada wajah

1. Gunakan Bahan Aktif

Niacinamide (Vitamin B3)

  • Gunakan bahan aktif seperti Niacinamde atau nama lainnya adalah Vitamin B3.
  • Produk yang mengandungi bahan tersebut boleh wujud dalam bentuk toner, serum ataupun pelembap. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca bahan yang ada pada produk tersebut.
  • Niacinamide ini juga membantu untuk mencerahkan kawasan yang berparut ataupun kawasan yang agak gelap berbanding dengan kawasan wajah yang lain.
  • Cadangan produk – The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Serums

Vitamin C (Ascorbic Acid)

  • Vitamin C sememangnya terkenal dengan sifat semula jadi yang mampu mencerahkan kulit wajah, mengekalkan hidrasi kulit, memperbaiki serta menjana sel kulit yang sudah rosak.
  • Bahan ini juga bukan ada dalam satu jenis produk sahaja, tetapi semua produk boleh ada bahan vitamin C ini seperti cleanser, moisturizer, serum dan lain-lain.
  • Cadangan produk – Aiken Vita-C Bright Serum

Alpha Arbutin

  • Bahan ini juga adalah salah satu bahan yang lebih kuat untuk mencerahkan dan memudarkan parut jerawat ataupun blemishes.
  • Alpha arbutin ini membantu untuk memperlahankan proses penghasilan melanin.
  • Cadangan produk – The Ordinary Alpha Arbutin 2% + HA Serum

2. Amalkan Rutin Exfoliation

  • Untuk lakukan exfoliation, ada 2 teknik iaitu chemical exfoliation dan physical exfoliation.
  • Chemical exfoliation ini menggunakan produk yang mengandungi AHA atau BHA. Bahan ini berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan menjana semula sel kulit yang baru.
  • Cara lain pula, boleh juga gunakan physical exfoliator yang terdiri daripada skrub. Sebelum menggunakannya, pastikan jerawat tersebut sudah surut dan tidak aktif supaya apabila lakukan skrub, ia bantu untuk tanggalkan sel kulit mati dan haluskan permukaan klulit.
  • Walau bagaimanapun, exfoliation ini tidak boleh dilakukan secara harian untuk elakkan risiko berlakunya over exfoliation. Lakukan 2 ke 3 kali sahaja dalam seminggu.

3. Kekalkan hydration pada kulit wajah

  • Kulit sememangnya perlu seimbang antara air dan sebum yang dihasilkan oleh kulit wajah.
  • Ada 2 cara untuk dapatkan hydration pada kulit wajah secara semula jadi iaitu daripada dalam badan ataupun persekitaran.
  • Tetapi, ada juga sesetengah individu yang tidak cukup minum, tidur atau rehat yang tidak mencukupi dan sebagainya menyebabkan hydration kulit boleh terganggu.
  • Hydration kulit juga boleh terganggu apabila tidak memakai skincare terutamanya pelembap. Hal ini boleh menyebabkan hydration kulit kurang lembap dan akan menjadi kering. Kulit yang kering adalah kulit yang tidak sihat. Jadi, parut atau cela juga sukar untuk dipulihkan.
  • Pastikan hydartion kulit kekal pada tahap yang optimum dengan memakai pelembap, minum air yang mencukupi dan pakai facial mask untuk membantu anda rawat jerawat dengan lebih cepat, anjal, glowing dan sihat.

Kesimpulannya, untuk pudarkan parut dan cela pada wajah adalah dengan menggunakan bahan aktif, lakukan exfoliation 2-3 kali seminggu dan kekalkan hydration pada kulit.

Dengan penjagaan kulit wajah yang konsisten akan membantu untuk pudarkan parut jerawat tersebut.

2 Comments

  • Aina Izzatee
    February 21, 2023 at 5:35 pm

    Dari umur 12-14 parut jerawat merah” tak hilang makin bertambah , dh bnyak guna skincare tapi kebanyakkannya lagi merosakan muka , naik merah bnyak hm
    Saya tak tahu dan tak memahami sangat pasal skincare ni ye la baru remaja .. boleh tolong saya ?

    Reply

Leave a Reply