Menu
Acne

Cara Hilangkan Breakout Dan Jerawat

Mungkin ada di kalangan anda yang sedang mengalami breakout pada ketika ini.

Anda buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk atasi breakout dan jerawat di wajah?

Jangan bimbang kerana dalam artikel kali ini, glowwe akan kupaskan kepada anda tentang cara untuk atasi breakout tersebut.

Sebelum ulas dengan lebih lanjut, mari kita fahami apa itu breakout?

Breakout adalah situasi yang tidak disukai oleh sesiapa pun.

Jerawat yang keluar di wajah secara banyak di wajah adalah punca berlakunya breakout.

Jerawat yang muncul di wajah secara banyak ini termasuklah di kawasan seperti pipi, dahi atau dagu.

Di bawah ini glowwe akan kongsikan kepada anda perkara yang perlu elak dan perlu dilakukan apabila menghadapi breakout.

Perkara yang perlu elak apabila breakout

  1. Jangan picit jerawat dan elakkan daripada menyentuh muka
  • Apabila anda picit jerawat dengan tangan yang kotor, ia boleh menyebabkan bakteria membiak ke kawasan itu dan meninggalkan parut pada wajah.
  • Jika jerawat itu dipicit, kebarangkalian untuk ada parut akan lebih tinggi. Hal ini kerana, parut lebih sukar untuk dipulihkan berbanding jerawat.
  • Tidak digalakkan untuk memicit jerawat kerana ia boleh menyebabkan bakteria dalam jerawat merebak ke kawasan Selain itu, ia juga boleh menambah keradangan pada kulit dan menyukarkan proses pemulihan kulit.

 

  1. Jangan pakai produk yang boleh menyumbat pori
  • Bagi mengelakkan anda daripada memakai produk yang boleh menyumbat pori, anda mestilah membaca label pada produk.
  • Anda perlu cari produk yang berlabel non-comedogenic yang tidak menyumbat pori-pori.
  • Bagi anda yang sedang mengalami breakout, disarankan untuk mengurangkan penggunaan solekan supaya keadaan kulit tidak menjadi lebih teruk.
  • Kurangkan penggunaan alat solekan atau produk yang boleh menyumbat pori-pori kerana ia tidak akan membantu untuk pemulihan breakout tersebut.

 

  1. Jangan pakai poduk yang boleh mengeringkan kulit
  • Jerawat berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang menghasilkan minyak secara aktif ataupun berlebihan sehingga menyebabkan pori-pori tersumbat.
  • Apabila sudah tersumbat, jerawat atau breakout itu berlaku akibat daripada penghasilan minyak yang berlebihan.
  • Jika anda memakai produk yang boleh mengeringkan kulit, kelenjar minyak akan mengesan bahawa kulit berada dalam keadaan yang kering dan ia akan menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi, masalah breakout itu sukar untuk diselesaikan.
  • Oleh itu, elakkan penggunaan produk yang boleh mengeringkan kulit wajah. Hal ini kerana ia akan menggalakkan lagi kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
  • Kulit yang alami breakout juga perlu menjaga hydration atau kelembapan kulit supaya kelenjar minyak tidak menghasilkan sebum secara berlebihan.

Sebelum glowwe teruskann kepada apa yang perlu dibuat untuk kurangkan breakout, glowwe ingin berikan kefahaman tentang tahap jerawat kepada anda.

Secara umumnya, jerawat mempunyai beberapa tahap. Ada jerawat yang berada di tahap mild (ringan) seperti blackheads, whiteheads. Ada juga jerawat yang berada di tahap moderate (sederhana) seperti papules & pustules dan ada jerawat yang berada di tahap severe seperti cysts & nodules.

Dalam ketiga-tiga tahap jerawat ini, anda perlu kenal pasti dahulu breakout yang dihadapi itu jenis jerawat yang mana.

Anda perlu lihat pada kulit dan bandingkan dengan gambar acne yang severe dan lain-lain.

Jika anda mempunyai breakout dengan keadaan jerawat yang severe, segala ubat yang boleh didapati secara over the counter seperti guardian, watsons, farmasi dan sebagainya adalah tidak berkesan.

Jadi, anda yang mengalami severe acne ini perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk dapatkan nasihat dan ubat yang betul bagi merawat masalah yang dihadapi.

Apa yang perlu dibuat apabila kulit breakout?

  1. Gunakan ubat jerawat di kawasan yang berjerawat
  • Pakai ubat jerawat di atas jerawat tersebut. Ubat jerawat ini boleh digunakan untuk jerawat yang berada di tahap mild ataupun moderate sahaja. Tidak termasuk jerawat yang severe.
  • Ubat jerawat ini boleh dibeli dan didapati di farmasi atau drugstore. Anda hanya perlu kenal pasti ubat jerawat yang mana anda mahukan dengan dos yang tertentu.
  • Pengunaan ubat jerawat ini perlu digunakan dengan dos yang rendah terlebih dahulu.
  • Apabila ubat jerawat yang anda gunakan itu sudah serasi dengan kulit, tidak digalakkan untuk tukar-tukar produk.
  • Ubat jerawat tersebut apabila sudah serasi dengan kulit, perlu pakai secara konsisten selama 4 ke 6 minggu untuk lihat kesannya pada kulit wajah.

 

  1. Pilih ubat jerawat yang bersesuaian
  • Anda perlu pilih ubat jerawat dengan bahan yang bersesuaian.
  • Bahan pertama yang bagus untuk digunakan untuk pulihkan breakout ialah Benzoyl Peroxide. Kegunaan utama bahan ini adalah untuk membunuh bakteria penyebab jerawat (P. acnes).
  • Bahan kedua yang menjadi pilihan seterusnya adalah Retinoid. Sebagai contoh, Adapalene. Fungsinya adalah bertindak untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat dan menggalakkan kitaran sel kulit.
  • Bahan seterusnya adalah Salicylic Acid atau nama lainnya BHA. Salicylic Acid ini bertindak dengan cara melarutkan sel kulit mati dan minyak berlebihan yang menyumbat pori-pori. Di samping itu, ia juga boleh kurangkan keradangan akibat jerawat.
  • Salicylic acid ini boleh didapati di dalam toner, pencuci muka ataupun serum.

 

  1. Ringkaskan penggunaan produk
  • Penggunaan produk mestilah ringkas dan tidak terlalu complicated.
  • Sebagai contoh, sebelum wajah mengalami breakout, anda memakai 7 produk. Semasa breakout, lebih baik ringkaskan penggunaannya.
  • Pakai produk yang asas sahaja sudah mencukupi iaitu pencuci muka, pelembap dan sunscreen pada waktu siang.
  • Apabila anda gunakan 3 produk tersebut, gunakan ubat jerawat berdasarkan label yang ada pada produk. Contohnya, pakai selepas pelembap.
  • Cara untuk pakai ubat jerawat tersebut adalah dengan memakainya di atas permukaan jerawat.

 

  1. Lakukan exfoliation
  • Amalan yang bagus apabila kulit mengalami breakout adalah dengan lakukan exfoliate.
  • Mengapa perlu lakukan exfoliate? Ia dilakukan untuk hilangkan minyak berlebihan pada kulit wajah supaya masalah itu boleh dikurangkan.
  • Boleh pilih produk yang ada bahan seperti Lactic Acid yang lembut pada kadar 2%.
  • Exfoliation adalah penting. Ia mesti dilakukan tetapi pilih bahan aktif yang lembut untuk elakkan kulit alami iritasi semasa lakukan exfoliation tersebut.
  • Sebaiknya lakukan exfoliation 2 ke 3 kali sahaja dalam seminggu untuk elakkan berlakunya over-exfoliation.

 

  1. Perbaiki cara hidup
  • Pastikan tempat tidur berada di dalam keadaan yang bersih. Sarung bantal dan cadar perlulah sentiasa ditukar.
  • Kurangkan penggunaan mekap. Jika anda pakai mekap, perlu lakukan double cleansing bagi memastikan tiada sisa solekan yang tertinggal pada kulit wajah.
  • Anda juga perlu jaga pemakanan.
  • Jerawat juga boleh terjadi disebabkan stress (tekanan). Jadi, ia perlu dikawal untuk kurangkan masalah breakout.

Jika anda mengalami breakout, jangan panik. Setiap masalah ada cara dan jalan penyelesaian yang boleh dilakukan.

Semoga perkongsian kali ini membantu anda untuk kurangkan breakout pada kulit wajah.

No Comments

    Leave a Reply