Menu
SKIN PROBLEM

Ciri-Ciri, Cara Rawat dan Atasi Kulit Sensitif dan Mudah Iritasi

Sekiranya kulit anda mudah alami iritasi dan sensitif, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk atasinya.

Dalam artikel kali ini, glowwe kongsikan kepada anda tentang 5 cara yang perlu dilakukan untuk individu yang mempunyai kulit sensitif ataupun mudah alami iritasi.

 

 Ciri-ciri kulit sensitif dan mudah iritasi

  • Sebenarnaya sukar untuk mengetahui sama ada anda mempunyai kulit sensitif ataupun tidak sehingga anda mengalami situasi tersebut.
  • Sebagai contoh, kulit alami merah-merah, gatal-gatal, merengsa, berjerawat ataupun pedih. Itu menandakan bahawa kulit anda adalah jenis sensitif.
  • Walaupun begitu, penting juga untuk diketahui kulit itu sensitif dengan apa? Hal ini dikatakan demikian kerana kulit yang sensitif dan mudah alami iritasi disebabkan oleh punca tertentu yang dipanggil pencetus (trigger).
  • Ia boleh berpunca daripada makanan, penggunaan produk tertentu atau boleh juga terjadi disebabkan oleh persekitaran anda.

 

5 Cara rawat dan atasi kulit sensitif

Apabila anda sudah kenal pasti yang anda mempunyai kulit sensitif ataupun mudah iritasi, apakah yang perlu dibuat?

  1. Lakukan patch test
  • Uji dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk, kemudian baru sapu ke seluruh wajah. Ia adalah cara yang sangat penting untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.
  • Bagaimana mahu uji produk tersebut? Jika anda pergi ke drugstore ataupun farmasi, anda perlu sapu dan uji dahulu produk tersebut di inner wrist (pergelangan tangan), belakang telinga atau di bawah rahang.
  • Jika tidak alami iritasi pada kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam, maka produk itu boleh jadi selamat untuk digunakan.
  • Selepas tempoh tersebut dan berlaku iritasi seperti merah-merah, gatal-gatal serta pedih, ia bermakna produk tersebut tidak sesuai untuk digunakan.

 

  1. Baca label pada produk
  • Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah membaca label pada produk.
  • Individu yang mempunyai kulit sensitif dan mudah iritasi, anda tidak disarankan untuk ambil sahaja mana-mana produk tanpa membaca label.
  • Perlu diingatkan bahawa tidak semua produk yang ada di pasaran itu sesuai dengan kulit anda. Ada produk yang bagus untuk kulit dan ada yang tidak.
  • Oleh sebab itu, untuk kulit sensitif anda perlu tahu baca label pada produk dari segi bahan, peratusan dan lain-lain.
  • Anda juga boleh baca label produk dan rujuk laman sesawang untuk dapatkan kepastian. Anda juga perlu tahu bahan apa yang sesuai dengan kulit sensitif dan mudah alami iritasi supaya tidak tersalah pilih produk.

 

  1. Menjaga rutin asas penjagaan kulit wajah
  • Disebabkan banyak produk yang berada di pasaran, keterujaan untuk mencuba pelbagai produk yang baharu itu adalah tinggi.
  • Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, perlu diingatkan bahawa kulit anda mungkin tidak boleh bertoleransi dengan produk tersebut.
  • Malah kulit akan bertambah teruk dan kritikal sekiranya masih mahu mencubanya.
  • Rutin penjagaan kulit wajah yang ringkas lebih sesuai untuk kulit sensitif dan mudah iritasi.
  • Rutin yang ringkas adalah bermula daripada pencuci muka, pelembap dan sunscreen. Produk yang selain daripada itu adalah bersifat sampingan.
  • Apabila anda sudah konsisten menjaga rutin yang asas dan produk tersebut sesuai dengan kulit wajah, barulah boleh cuba produk yang lain.

 

  1. Amalkan penjagaan kebersihan diri
  • Penjagaan kebersihan diri juga perlu diambil kira dan perlu dijaga dengan sebaiknya.
  • Pastikan rumah dalam keadaan yang bersih, sarung bantal, cadar dan sarung tilam perlu ditukar dengan kerap.
  • Bagi kulit yang sensitif, sukar diketahui sama ada habuk, bakteria, kuman daripada bantal atau tilam boleh menjadi punca berlakunya keadaan tersebut.
  • Selain itu, pastikan juga kereta dan udara persekitaran anda dalam keadaan yang bersih.
  • Kebersihan adalah perkara yang paling utama untuk anda ambil berat.
  • Makanan dan persekitaran juga boleh menjadi pencetus kepada kulit sensitif dan mudah alami iritasi.

 

  1. Invest in quality
  • Tidak dinafikan bahawa kulit sensitif dan mudah iritasi ini adalah kulit yang perlukan penjagaan yang khusus.
  • Hal ini dikatakan demikian kerana anda perlu mencari produk yang berkualiti tinggi.
  • Kebiasaannya produk yang berkualiti tinggi dengan bahan dan jenama yang bagus, harganya tidak murah.
  • Bagi anda yang ada kulit sensitif dan mudah iritasi, anda tiada pilihan lain dan perlu pilih produk berkualiti tinggi yang sesuai.

 

Kesimpulannya, bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan mudah alami iritasi, carilah produk penjagaan kulit yang sesuai dan berkualiti. Pastikan juga anda kenal bahan-bahan yang terdapat di dalam skincare supaya tidak salah membeli atau memilih produk.

Selain itu, kulit yang sensitif juga perlukan penjagaan yang teliti supaya dapat kurangkan masalah yang sedang dihadapi.

Disarankan juga untuk mencari produk yang diformulasi khas untuk kulit sensitif dan mudah iritasi.

No Comments

    Leave a Reply