Menu
Acne / Dark Spot & Hyperpigmentation / SKIN PROBLEM

Cara Hilangkan Bekas Jerawat Dan Jeragat

Terdapat isu yang popular berkaitan dengan masalah kulit. Antaranya ialah jeragat. Jeragat kebiasaannya berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran matahari dan penghasilan melanin secara berlebihan (hiperpigmentasi) disebabkan oleh faktor tertentu.

Selain itu, isu yang sering terjadi dalam kalangan wanita adalah isu tompok-tompok gelap atau bekas jerawat. Ia berlaku disebabkan oleh jerawat yang sudah pulih tetapi meninggalkan kesan hitam pada kulit wajah. Namun, ia tidaklah menggangu struktur permukaan kulit.

Isu lain yang selalu dibincangkan pula adalah hiperpigmentasi.

Persoalannya, adakah kesemua istilah yang dinyatakan di atas membawa maksud yang sama?

Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan bahagian gelap pada kulit wajah berkurang dan kembali cerah dengan tona yang sekata?

Pastikan anda ikuti artikel ini sampai habis untuk ketahui jawapannya.

 

Cara rawat bekas jerawat, jeragat atau hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi sememangnya boleh berlaku kepada kulit anda tetapi puncanya berbeza. Apabila ada kawasan pada wajah yang lebih gelap berbanding kawasan lain di sekitarnya ia disebut sebagai hiperpigmentasi. Jeragat, bekas jerawat, cela, bintik hitam, sunspots, melasma, itu semua adalah hiperpigmentasi.

Namun, ia berbeza dari segi nama kerana puncanya berbeza dan kesemuanya tidak membahayakan kulit. Cuma dari sudut kosmestik ia tidak cantik untuk dilihat dan sebab itulah ramai yang ingin merawatnya.

Jenis Dan Punca Hiperpigmentasi

  1. Melasma
  • Ia adalah sejenis hiperpigmentasi yang berpunca daripada perubahan hormon semasa hamil.
  • Melasma ini boleh muncul pada mana-mana bahagian badan. Kebiasaannya ia muncul pada kawasan sekitar perut dan wajah.
  • Ada sesetengah individu yang lepas sahaja melahirkan anak, melasma tersebut hilang secara automatik disebabkan oleh penurunan hormon.
  1. Sunspots atau Solar Lentigin
  • Sunspots ini berpunca daripada pendedahan kepada sinaran cahaya matahari secara langsung atau tidak langsung yang berpanjangan.
  • Hal ini akan menyebabkan kulit menghasilkan melanin secara berlebihan yang bertujuan melindungi sel kulit.
  • Tetapi dari luaran permukaan kulit akan kelihatan tompok-tompok gelap pada kawasan yang terdedah kepada sinaran matahari.
  • Ia kelihatan tidak cantik kerana ada tompokan gelap pada kawasan yang sudah terdedah itu. Biasanya anda akan cenderung mencari produk yang sesuai untuk pudarkan tompokan
  1. Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)
  • PIH ini biasanya berpunca daripada kecederaan dan keradangan yang berlaku pada kulit. Keadaan meradang ini selalunya berpunca daripada pergeseran pada ranting dan sebagainya serta boleh juga disebabkan oleh jerawat.
  • Jerawat jenis meradang inilah yang boleh meninggalkan hiperpigmentasi apabila pulih.

Walaupun nama bagi ketiga-tiganya berbeza, tetapi ia tetap merujuk kepada satu istilah yang sama iaitu hiperpigmentasi.

Bagaimana jeragat atau hiperpigmentasi berlaku?

  • Hyper = berlebihan
  • Pigmentation = penghasilan melanin
  • Di dalam kulit ada satu sel yang dipanggil sebagai melanocyte yang menghasilkan melanin. Apabila melanocyte ini menerima trigger tertentu yang datang daripada hormon, sinar matahari, ubat-ubatan tertentu dan lain-lain. Ia boleh berlaku satu keadaan di mana melanocyte menghasilkan lebih banyak melanin daripada bilangan yang sepatutnya untuk tujuan melindungi sel.
  • Apabila melanin dihasilkan secara berlebihan, secara semula jadinya lama-kelamaan hiperpigmentasi ini sememangnya boleh hilang disebabkan oleh kitaran sel kulit yang berlaku. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk tompok-tompok gelap di wajah itu hilang.
  • Disebabkan itulah, anda boleh mencari pilihan rawatan di dalam pasaran. Antara rawatan yang biasa dilakukan ialah rawatan secara tropikal dengan penggunaan produk dan rawatan profesional yang memerlukan bantuan daripada pakar.

 

Cara hilangkan Post-Inflammatory Hyperpigmentation

  1. Rawatan profesional
  • Ramai yang berganggapan bahawa rawatan profesional dengan menggunakan laser adalah jalan pintas untuk pulihkan jeragat. Itu adalah tidak benar. Anda masih memerlukan duit, masa dan ketahanan kulit. Tidak semua jenis kulit tahan dengan rawatan tersebut.
  • Rawatan profesional yang biasa ada adalah di spa, terapi centre ataupun dermatologist khusus yang profesional.

Chemical Peel

  • Contoh rawatan profesional ialah chemical peel yang menggunakan chemcial exfoliation dengan kadar yang lebih tinggi.
  • Tujuannya adalah mengelupaskan kulit secara lebih banyak supaya kulit yang tidak ada hyperpigmentasi boleh muncul di atas.

Microdermabrasion

  • Pilihan lain pula adalah microdermabrasion. Fungsinya adalah seperti physical exfoliation. Ia menggunakan satu alat yang terkenal dan ada diamond di hujung alat tersebut untuk exfoliate
  • Namun, rawatan ini juga tidak sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Rawatan ini seperti physical exfoliation tetapi lebih intensif yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Laser Peel

  • Rawatan seterusnya yang paling popular adalah laser peel. Rawatan seperti ini bertindak lebih tepat, di mana pancaran laser itu terus dipancarkan kepada melanin tersebut, ia terurai dan melanin di kawasan kulit tersebut juga dapat dihilangkan.
  • Namun perlu diingatkan bahawa tidak semua kulit sesuai lakukan laser. Ia memerlukan analisis tertentu tentang keadaan kulit dan sebagainya.

 

 

  1. Rawatan tropikal
  • Rawatan tropikal adalah rawatan yang dilakukan oleh diri sendiri untuk memilih produk yang mengandungi bahan tertentu dan membantu kurangkan masalah yang dihadapi.
  • Cara untuk gunakan rawatan tropikal adalah dengan memahami fungsi bahan. Terdapat 3 jenis fungsi bahan yang perlu diberi perhatian untuk membantu kulit memudarkan hiperpigmentasi yang dihadapi.

Bahan yang tanggalkan sel kulit

  • Bahan yang menanggalkan sel kulit yang gelap dan rosak pada permukaan kulit serta membenarkan sel-sel baru naik ke atas. Nama lainnya adalah exfoliation.
  • Bahan yang bertindak untuk tanggalkan sel pada permukaan kulit dan paling popular adalah AHA (Alpha Hydroxy Acid).
  • Terdapat pelbagai pilihan AHA di pasaran seperti Glycolic Acid, Lactid Acid, Mandelic Acid dan lain-lain.
  • Setiap asid ini mempunyai kekuatan yang berbeza dan bergantung kepada sifat (saiz molekul) asid tersebut, kadar peratusan di dalam produk dan kekerapan penggunaan.

Bahan yang percepatkan kitaran sel kulit

  • Cari bahan yang mempercepatkan kitaran sel kulit. Manfaatnya ialah membantu sel-sel kulit yang rosak boleh ditanggalkan dari permukaan kulit dan digantikan dengan sel kulit baru yang lebih lawa.
  • Bahan yang boleh cepatkan kitaran sel kulit adalah seperti Retinol.

Memakai bahan yang bersifast anti-tyrosinase

  • Cara ketiga adalah dengan memakai bahan yang mempunyai sifat anti-tyrosinase.
  • Tyrosinase adalah sejenis protein yang diperlukan oleh melanocyte untuk hasilkan melanin.
  • Protein yang tidak mencukupi akan menyebabkan melanin tidak dapat dihasilkan.
  • Antara bahan yang paling popular adalah Vitamin C, Alpha Arbutin, Kojic Acid, Niacinamide dan Azleaic Acid yang menghalang penghasilan melanin secara berlebihan.

Kesimpulannya, jika anda menghadapi masalah yang dinyatakan seperti melasma, sunspots, jeragat, PIH dan sebagainya, pilihlah produk yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah tersebut.

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan rawatan profesional ataupun rawatan tropikal yang lebih mudah untuk didapati di pasaran.

 

2 Comments

  • Nur kamilah
    January 25, 2024 at 7:42 am

    nak tanya sikitt nii. kalau guna basic skincare je untuk hilangkan tiny bumbs boleh ke. contoh kan kalau saya pakai gentle cleanser cetaphil, ceradan (yang hydra) dengan sunscreen numbuzin no 1 sesuai tak. saya ada masalah tiny bumbs, pori terbuka besar dengan parut jerawat.

    Reply

Leave a Reply